Sunday 28 September 2014

haid berpanjangan - menorrhagia

salam semua, terima kasih kerana masih mengikuti blog saya yang tidak seberapa adanya. alhamdulillah artikel saya mengenai masalah tidak datang haid mendapat sambutan yang baik daripada kalangan wanita,terima kasih saya ucapkan atas segala pertanyaan yang diajukan.

kali ini saya ingin membincangkan ttg masalah wanita yang juga sering menghantui ramai wanita di luar sana iaitu "menorrhagia"

menorrhagia bermaksud haid yang tidak berhenti dan berpanjangan.

gejala2 menorrhagia adalah:

  • kerap menukar pakaian dalaman atau pad kerana darah yang terlalu byk melekat pada pakaian dalam
  • darah yang keluar berketul2
  • haid melebihi 7 hari
jika anda mempunyai kesemua gejala di atas, anda sedang menghadapi masalah menorrhagia


apakah punca menorrhagia?
  • ketidakseimbangan hormon, iaitu hormon estrogen dan progesteron, ini sering berlaku pada remaja yang baru saja datang haid ataupun pada wanita yang berumur yang sudah hampir mencapai tahap menopaus. 
  • fibroid iaitu sejenis ketumbuhan pada rahim yang tidak berbahaya. fibroid sering terjadi pada wanita pada pertengahan usia
  • keguguran atau kehamilan di luar rahim juga boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak. 
  • penggunaan ubat cair darah seperti warfarin
  • masalah dengan penggunaan alat yang diletakkan di dalam rahim bagi mencegah kehamilan iaitu IUD (intrauterine device)
  •  adenomiosis iaitu keadaan di mana tisu2 di bahagian luar rahim tumbuh dan membesar di bahagian dalam rahim iaitu di tempat yang mempunyai otot
  •  jangkitan kuman pada bahagian rahim, tiub fallopian dan organ2 peranakan yang lain.
  • kanser rahim, ovari atau pangkal rahim.
sekiranya anda mempunyai masalah menorrhagia atau haid berpanjangan, adalah digalakkan anda berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca masalah. 

apakah kesan kesihatan yang boleh memudaratkan sekiranya anda mengalami menorrhagia?
  • satu kesan yang boleh berlaku pada anda adalah kekurangan darah di dalam badan akibat terlalu banyak kehilangan darah semasa haid.
  • antara gejala2 kurang darah adalah:
    • pening dan rasa seperti hendak pitam
    • cepat berasa letih
    • sesak nafas
    • sakit dada
    • rasa jantung berdegup kencang
  • sekiranya anda mempunyai salah satu gejala di atas semasa anda mengalami menorrhagia, dapatkan rawatan di hospital dengan segera!!

sekiranya anda pergi berjumpa dengan doktor buat kali pertama bagi masalah ini, apakah ujian yang akan doktor lakukan ke atas anda?
  • pertama sekali doktor akan mengambil sampel darah anda untuk melihat samada menorrhagia yang anda alami menyebabkan anda kekurangan darah atau tidak
  • ujian darah juga akan melihat samada anda mempunyai masalah pada hormon thyroid ataupun tidak. paras hormon throid yang rendah boleh menjadi punca anda mengalami menorrhagia
  • bagi mereka yang telah berkahwin, doktor akan melakukan ujian spekulum iaitu memasukkan alat untuk melihat ke dalam kawasan faraj anda. ujian ini adalah untuk melihat samada terdapat abnormaliti pada bahagian pangkal rahim. 
  • bagi mereka yang masih belum berkahwin, ujian spekulum tidak akan dilakukan ke atas anda kerana memasukkan spekulum ke dalam faraj akan menyebabkan selaput dara pecah. 
  • ultrasound scan juga akan dilakukan untuk melihat samada terdapat abnormaliti pada rahim seperti fibroid. sekiranya anda hamil, ujian scan dapat membantu untuk melihat samada janin berada di dalam rahim ataupun di luar rahim 
  • rujukan kepada pakar sakit puan adalah perlu untuk setiap kes menorrhagia. 
bagi mereka yang kekurangan darah akibat menorrhagia, haemoglobin di bawah paras 8 berserta dengan gejala2 kurang darah harus dimasukkan ke dalam wad untuk transfusi darah ke dalam badan. 

rawatan menorrhagia bergantung kepada punca yang menyebabkan masalah ini. 
  • sekiranya anda mengalami sakit di bahagian perut seperti senggugut akibat daripada haid yang berpanjangan, doktor akan memberikan ubat tahan sakit seperti ibuprofen dan diclofenac. anda boleh mendapatkan ubat ini di farmasi
  • ubat tranexamic acid adalah ubat yang mampu menghentikan haid anda. namun sekiranya punca masalah tidak dikenal pasti, haid berpanjangan ini akan berulang sehingga punca sebenar dirawat
  • bagi pesakit fibroid, pembedahan adalah jalan terbaik untuk membuang fibroid tersebut, namun sekiranya anda mampu untuk bertahan dengan masalah menorrhagia dan masalah ini tidak begitu serius, pembedahan boleh dielakkan kerana fibroid tidak membahayakan kesihatan. 
  • antibiotik akan diberikan kepada pesakit2 yang mengalami jangkitan kuman pada bahagian peranakan yang menyebabkan masalah menorrhagia ini.
double stemcell telah terbukti dari segi saintifik untuk membantu para wanita di luar sana yang mengalami masalah gangguan haid
    double stem cell adalah sel2 bayi yang mampu membesar menjadi sel2 matang yang baru menggantikan sel2 lama yang telah rosak atau mati.

    double stem cell 




    double stem cell membantu dlm masalah kanser


    double stemcell juga membantu mengecutkan cyst di dalam rahim


    sehingga kita berjumpa lagi di artikel2 akan datang..bye!!!

    Wednesday 24 September 2014

    Kencing manis




    Salam semua, dah lama rasanya saya tidak menulis artikel. Kali ini saya ingin membicarakan ttg penyakit yang dihidapi oleh segolongan besar masyarakat kita iaitu kencing manis. 

    Kencing manis atau istilah yang sering digunakan oleh para doktor iaitu "diabetes mellitus" atau DM adalah penyakit yang berkaitan dengan metabolisme tubuh di mana paras gula di dalam darah adalah tinggi. Metabolisme merujuk kepada cara tubuh kita mencernakan makanan untuk pertumbuhan dan juga tenaga. Kebanyakan makanan yang dimakan akan dicernakan dan ditukarkan kepada gula. Dan seperti yang kita ketahui, gula adalah sumber tenaga yang penting utk tubuh badan kita.


    Insulin yang terdapat dalam tubuh kita dihasilkan oleh organ pankreas. Insulin ini berfungsi untuk merangsang sel2 tubuh supaya dapat menggunakan gula yang ada di dalam badan untuk kegunaan tenaga. 


    Kencing manis terjadi disebabkan 2 faktor iaitu penghasilan insulin oleh tubuh tidak cukup ataupun tisu2 di dlm badan tidak dapat menggunakan insulin dengan baik. Oleh sebab itu, paras gula akan tinggi di dalam darah kerana sel2 tubuh tidak menggunakan gula akibat kegagalan tersebut. 


    Kencing manis terbahagi kepada 3 jenis:

    • type 1 : faktor adalah kegagalan pankreas untuk menghasilkan insulin. Ia selalunya berlaku pada mereka seawal usia bayi atau kanak2
    • type 2 : pankreas menghasilkan insulin yang cukup tetapi kegagalan berpunca daripada tisu2 badan untuk menggunakan insulin yang sedia ada di dalam badan. Kencing manis jenis ini sering berlaku pada mereka yang telah meningkat usia
    • gestational diabetes: jenis yang ke-3 adalah gestational diabetes atau dlm istilah melayu kencing manis yang hanya berlaku semasa kehamilan. Kebanyakan penghidap kencing manis semasa hamil boleh mengawal kencing manis mereka dengan hanya mengawal pemakanan dan senaman ringan. Hanya sekitar 10-20% daripada mereka perlu mengambil ubat bagi menurunkan kadar gula yang disebabkan penyakit ini. Kencing manis yang tidak dikawal boleh menyebabkan saiz bayi besar dalam kandungan sekaligus menjurus pada komplikasi semasa melahirkan.


    Majoriti masyarakat kita (90%) merupakan penghidap kencing manis jenis ke-2. 

    Apakah gejala2 penghidap kencing manis??
    • sering dahaga
    • sering membuang air kencing dengan banyak
    • sering berasa lapar
    • turun berat badan secara mendadak walaupun makan seperti biasa
    • keletihan
    • penglihatan kabur
    Bagaimana untuk mengetahui samada anda menghidap kencing manis atau tidak??

    Paras gula di dalam darah dapat memberitahu anda samada anda telah dihidapi kencing manis, ataupun merupakan antara mereka yang berisiko untuk menghidapi.

    fasting blood glucose (paras gula semasa berpuasa)
    • di bawah 5.6 : tiada kencing manis
    • 5.6 - 7.0 : risiko tinggi utk menghidapi kencing manis
    • Melebihi 7.0 : kencing manis
    random blood glucose (paras gula tanpa berpuasa)
    • 5.6 - 7.8 : tiada kencing manis
    • 7.8 - 11.1: risiko tinggi untuk menghidapi kencing manis
    • melebihi 11.1 : menghidapi kencing manis
    apakah komplikasi2 yang bakal dihadapi oleh penghidap kencing manis??
    • mata - katarak, glaukoma atau diabetik retinopati
    • kaki - ulser atau gangren yang boleh menyebabkan kaki dipotong
    • kulit - pesakit kencing manis lebih terdedah kepada jankitan kuman pada kulit
    • jantung - serangan jantung disebabkan pengaliran darah ke jantung tersekat
    • darah tinggi - ianya meningkatkan lagi risiko komplikasi buah pinggang, serangan jantung dan strok pada pesakit kencing manis.
    • mental - pesakit kencing manis lebih berisiko utk menghidapi tekanan atau depression, perasaan berdebar2 (anxiety) dan lain2 panyakit mental
    • kehilangan atau fungsi pendengaran berkurangan
    • masalah gusi
    • masalah perut- otot di bahagian perut gagal berfungsi dengan baik
    • strok - pesakit kencing manis yang juga menghidapi darah tinggi dan paras kolesterol yang tinggi lebih berisiko untuk mendapat strok
    • mati pucuk bagi lelaki
    • jangkitan kuman- pesakit kencing manis lebih terdedah kepada jangkitan kuman kerana paras imunisasi di dalam badan mereka lebih rendah
    • proses penyembuhan luka adalah lambat berbanding mereka yang tidak menghidapi kencing manis.
    • masalah saraf
    • masalah pada ginjal atau buah pinggang
    • ketoasidosis - pengumpulan ketone dlm darah yang menyebabkan darah berasid dan keadaan ini boleh membawa maut
    fuhhhhhhh...!!! banyaknya komplikasi yang boleh berlaku kepada penghidap kencing manis. 

    bagaimana mengawal dan mencegah kencing manis??

    kencing manis jenis pertama berlangsung sepanjang hayat dan tidak boleh sembuh melainkan bergantung pada insulin sepanjang hayat

    kencing manis jenis 2 juga berlangsung sepanjang hayat tetapi boleh dikawal dengan baik walaupun tanpa ubat dengan menjaga pemakanan, senaman dan juga pengawalan berat badan yang seimbang. 

    pesakit kencing manis jenis 1 dirawat dengan suntikan insulin sepanjang hayat, dan juga pengawalan pemakanan dan senaman manakala pesakit kencing manis jenis 2 boleh dirawat dengan hanya ubat yang berbentuk pil, pemakanan yang seimbang dan juga senaman yang konsisten. segelintir pesakit kencing manis jenis 2 memerlukan suntikan insulin hanya apabila kencing manis mereka tidak dapat dikawal dengan ubat2 pil dan modifikasi cara hidup seimbang. 


    ok, cukup dari segi penerangan ttg penyakit kencing manis. sekarang saya ingin membicarakan tentang sejenis makanan tambahan yang boleh mengawal penyakit kencing manis dengan baik dan telah terbukti berkesan dalam bidang perubatan.

    double stemcell

    stem cell merupakan sel-sel bayi yang bergunfsi untuk membesar menjadi sel2 baru yang matang. ibarat hidup semula seperti bayi. =)
    kaki pesakit kencing manis semakin menampakkan penyembuhan selepas menggunakan double stemcell


    luka yang disebabkan oleh penyakit kencing manis sembuh dan kering selepas penggunakan double stemcell selama 3 minggu..





    banyak lagi khasiat double stemcell yang masih belum saya jelaskan dengan terperinci seperti menurunkan kadar kolesterol dalam darah, menyembuhkan penyakit kegatalan pada kulit, penyakit lelah, gout dan banyak lagi. 

    insyaAllah akan saya jelaskan dengan lebih terperinci dalam artikel saya yang akan datang. sehingga kita berjumpa lagi. bye!!