Sunday, 28 September 2014

haid berpanjangan - menorrhagia

salam semua, terima kasih kerana masih mengikuti blog saya yang tidak seberapa adanya. alhamdulillah artikel saya mengenai masalah tidak datang haid mendapat sambutan yang baik daripada kalangan wanita,terima kasih saya ucapkan atas segala pertanyaan yang diajukan.

kali ini saya ingin membincangkan ttg masalah wanita yang juga sering menghantui ramai wanita di luar sana iaitu "menorrhagia"

menorrhagia bermaksud haid yang tidak berhenti dan berpanjangan.

gejala2 menorrhagia adalah:

  • kerap menukar pakaian dalaman atau pad kerana darah yang terlalu byk melekat pada pakaian dalam
  • darah yang keluar berketul2
  • haid melebihi 7 hari
jika anda mempunyai kesemua gejala di atas, anda sedang menghadapi masalah menorrhagia


apakah punca menorrhagia?
  • ketidakseimbangan hormon, iaitu hormon estrogen dan progesteron, ini sering berlaku pada remaja yang baru saja datang haid ataupun pada wanita yang berumur yang sudah hampir mencapai tahap menopaus. 
  • fibroid iaitu sejenis ketumbuhan pada rahim yang tidak berbahaya. fibroid sering terjadi pada wanita pada pertengahan usia
  • keguguran atau kehamilan di luar rahim juga boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak. 
  • penggunaan ubat cair darah seperti warfarin
  • masalah dengan penggunaan alat yang diletakkan di dalam rahim bagi mencegah kehamilan iaitu IUD (intrauterine device)
  •  adenomiosis iaitu keadaan di mana tisu2 di bahagian luar rahim tumbuh dan membesar di bahagian dalam rahim iaitu di tempat yang mempunyai otot
  •  jangkitan kuman pada bahagian rahim, tiub fallopian dan organ2 peranakan yang lain.
  • kanser rahim, ovari atau pangkal rahim.
sekiranya anda mempunyai masalah menorrhagia atau haid berpanjangan, adalah digalakkan anda berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca masalah. 

apakah kesan kesihatan yang boleh memudaratkan sekiranya anda mengalami menorrhagia?
  • satu kesan yang boleh berlaku pada anda adalah kekurangan darah di dalam badan akibat terlalu banyak kehilangan darah semasa haid.
  • antara gejala2 kurang darah adalah:
    • pening dan rasa seperti hendak pitam
    • cepat berasa letih
    • sesak nafas
    • sakit dada
    • rasa jantung berdegup kencang
  • sekiranya anda mempunyai salah satu gejala di atas semasa anda mengalami menorrhagia, dapatkan rawatan di hospital dengan segera!!

sekiranya anda pergi berjumpa dengan doktor buat kali pertama bagi masalah ini, apakah ujian yang akan doktor lakukan ke atas anda?
  • pertama sekali doktor akan mengambil sampel darah anda untuk melihat samada menorrhagia yang anda alami menyebabkan anda kekurangan darah atau tidak
  • ujian darah juga akan melihat samada anda mempunyai masalah pada hormon thyroid ataupun tidak. paras hormon throid yang rendah boleh menjadi punca anda mengalami menorrhagia
  • bagi mereka yang telah berkahwin, doktor akan melakukan ujian spekulum iaitu memasukkan alat untuk melihat ke dalam kawasan faraj anda. ujian ini adalah untuk melihat samada terdapat abnormaliti pada bahagian pangkal rahim. 
  • bagi mereka yang masih belum berkahwin, ujian spekulum tidak akan dilakukan ke atas anda kerana memasukkan spekulum ke dalam faraj akan menyebabkan selaput dara pecah. 
  • ultrasound scan juga akan dilakukan untuk melihat samada terdapat abnormaliti pada rahim seperti fibroid. sekiranya anda hamil, ujian scan dapat membantu untuk melihat samada janin berada di dalam rahim ataupun di luar rahim 
  • rujukan kepada pakar sakit puan adalah perlu untuk setiap kes menorrhagia. 
bagi mereka yang kekurangan darah akibat menorrhagia, haemoglobin di bawah paras 8 berserta dengan gejala2 kurang darah harus dimasukkan ke dalam wad untuk transfusi darah ke dalam badan. 

rawatan menorrhagia bergantung kepada punca yang menyebabkan masalah ini. 
  • sekiranya anda mengalami sakit di bahagian perut seperti senggugut akibat daripada haid yang berpanjangan, doktor akan memberikan ubat tahan sakit seperti ibuprofen dan diclofenac. anda boleh mendapatkan ubat ini di farmasi
  • ubat tranexamic acid adalah ubat yang mampu menghentikan haid anda. namun sekiranya punca masalah tidak dikenal pasti, haid berpanjangan ini akan berulang sehingga punca sebenar dirawat
  • bagi pesakit fibroid, pembedahan adalah jalan terbaik untuk membuang fibroid tersebut, namun sekiranya anda mampu untuk bertahan dengan masalah menorrhagia dan masalah ini tidak begitu serius, pembedahan boleh dielakkan kerana fibroid tidak membahayakan kesihatan. 
  • antibiotik akan diberikan kepada pesakit2 yang mengalami jangkitan kuman pada bahagian peranakan yang menyebabkan masalah menorrhagia ini.
double stemcell telah terbukti dari segi saintifik untuk membantu para wanita di luar sana yang mengalami masalah gangguan haid
    double stem cell adalah sel2 bayi yang mampu membesar menjadi sel2 matang yang baru menggantikan sel2 lama yang telah rosak atau mati.

    double stem cell 




    double stem cell membantu dlm masalah kanser


    double stemcell juga membantu mengecutkan cyst di dalam rahim


    sehingga kita berjumpa lagi di artikel2 akan datang..bye!!!