Salam semua, dah lama rasanya saya tidak menulis artikel. Kali ini saya ingin membicarakan ttg penyakit yang dihidapi oleh segolongan besar masyarakat kita iaitu kencing manis.
Kencing manis atau istilah yang sering digunakan oleh para doktor iaitu "diabetes mellitus" atau DM adalah penyakit yang berkaitan dengan metabolisme tubuh di mana paras gula di dalam darah adalah tinggi. Metabolisme merujuk kepada cara tubuh kita mencernakan makanan untuk pertumbuhan dan juga tenaga. Kebanyakan makanan yang dimakan akan dicernakan dan ditukarkan kepada gula. Dan seperti yang kita ketahui, gula adalah sumber tenaga yang penting utk tubuh badan kita.
Insulin yang terdapat dalam tubuh kita dihasilkan oleh organ pankreas. Insulin ini berfungsi untuk merangsang sel2 tubuh supaya dapat menggunakan gula yang ada di dalam badan untuk kegunaan tenaga.
Kencing manis terjadi disebabkan 2 faktor iaitu penghasilan insulin oleh tubuh tidak cukup ataupun tisu2 di dlm badan tidak dapat menggunakan insulin dengan baik. Oleh sebab itu, paras gula akan tinggi di dalam darah kerana sel2 tubuh tidak menggunakan gula akibat kegagalan tersebut.
Kencing manis terbahagi kepada 3 jenis:
- type 1 : faktor adalah kegagalan pankreas untuk menghasilkan insulin. Ia selalunya berlaku pada mereka seawal usia bayi atau kanak2
- type 2 : pankreas menghasilkan insulin yang cukup tetapi kegagalan berpunca daripada tisu2 badan untuk menggunakan insulin yang sedia ada di dalam badan. Kencing manis jenis ini sering berlaku pada mereka yang telah meningkat usia
- gestational diabetes: jenis yang ke-3 adalah gestational diabetes atau dlm istilah melayu kencing manis yang hanya berlaku semasa kehamilan. Kebanyakan penghidap kencing manis semasa hamil boleh mengawal kencing manis mereka dengan hanya mengawal pemakanan dan senaman ringan. Hanya sekitar 10-20% daripada mereka perlu mengambil ubat bagi menurunkan kadar gula yang disebabkan penyakit ini. Kencing manis yang tidak dikawal boleh menyebabkan saiz bayi besar dalam kandungan sekaligus menjurus pada komplikasi semasa melahirkan.
Majoriti masyarakat kita (90%) merupakan penghidap kencing manis jenis ke-2.
Apakah gejala2 penghidap kencing manis??
- sering dahaga
- sering membuang air kencing dengan banyak
- sering berasa lapar
- turun berat badan secara mendadak walaupun makan seperti biasa
- keletihan
- penglihatan kabur
Bagaimana untuk mengetahui samada anda menghidap kencing manis atau tidak??
Paras gula di dalam darah dapat memberitahu anda samada anda telah dihidapi kencing manis, ataupun merupakan antara mereka yang berisiko untuk menghidapi.
fasting blood glucose (paras gula semasa berpuasa)
- di bawah 5.6 : tiada kencing manis
- 5.6 - 7.0 : risiko tinggi utk menghidapi kencing manis
- Melebihi 7.0 : kencing manis
random blood glucose (paras gula tanpa berpuasa)
- 5.6 - 7.8 : tiada kencing manis
- 7.8 - 11.1: risiko tinggi untuk menghidapi kencing manis
- melebihi 11.1 : menghidapi kencing manis
apakah komplikasi2 yang bakal dihadapi oleh penghidap kencing manis??
- mata - katarak, glaukoma atau diabetik retinopati
- kaki - ulser atau gangren yang boleh menyebabkan kaki dipotong
- kulit - pesakit kencing manis lebih terdedah kepada jankitan kuman pada kulit
- jantung - serangan jantung disebabkan pengaliran darah ke jantung tersekat
- darah tinggi - ianya meningkatkan lagi risiko komplikasi buah pinggang, serangan jantung dan strok pada pesakit kencing manis.
- mental - pesakit kencing manis lebih berisiko utk menghidapi tekanan atau depression, perasaan berdebar2 (anxiety) dan lain2 panyakit mental
- kehilangan atau fungsi pendengaran berkurangan
- masalah gusi
- masalah perut- otot di bahagian perut gagal berfungsi dengan baik
- strok - pesakit kencing manis yang juga menghidapi darah tinggi dan paras kolesterol yang tinggi lebih berisiko untuk mendapat strok
- mati pucuk bagi lelaki
- jangkitan kuman- pesakit kencing manis lebih terdedah kepada jangkitan kuman kerana paras imunisasi di dalam badan mereka lebih rendah
- proses penyembuhan luka adalah lambat berbanding mereka yang tidak menghidapi kencing manis.
- masalah saraf
- masalah pada ginjal atau buah pinggang
- ketoasidosis - pengumpulan ketone dlm darah yang menyebabkan darah berasid dan keadaan ini boleh membawa maut
fuhhhhhhh...!!! banyaknya komplikasi yang boleh berlaku kepada penghidap kencing manis.
bagaimana mengawal dan mencegah kencing manis??
kencing manis jenis pertama berlangsung sepanjang hayat dan tidak boleh sembuh melainkan bergantung pada insulin sepanjang hayat
kencing manis jenis 2 juga berlangsung sepanjang hayat tetapi boleh dikawal dengan baik walaupun tanpa ubat dengan menjaga pemakanan, senaman dan juga pengawalan berat badan yang seimbang.
pesakit kencing manis jenis 1 dirawat dengan suntikan insulin sepanjang hayat, dan juga pengawalan pemakanan dan senaman manakala pesakit kencing manis jenis 2 boleh dirawat dengan hanya ubat yang berbentuk pil, pemakanan yang seimbang dan juga senaman yang konsisten. segelintir pesakit kencing manis jenis 2 memerlukan suntikan insulin hanya apabila kencing manis mereka tidak dapat dikawal dengan ubat2 pil dan modifikasi cara hidup seimbang.
ok, cukup dari segi penerangan ttg penyakit kencing manis. sekarang saya ingin membicarakan tentang sejenis makanan tambahan yang boleh mengawal penyakit kencing manis dengan baik dan telah terbukti berkesan dalam bidang perubatan.
double stemcell |
stem cell merupakan sel-sel bayi yang bergunfsi untuk membesar menjadi sel2 baru yang matang. ibarat hidup semula seperti bayi. =)
kaki pesakit kencing manis semakin menampakkan penyembuhan selepas menggunakan double stemcell |
luka yang disebabkan oleh penyakit kencing manis sembuh dan kering selepas penggunakan double stemcell selama 3 minggu.. |
banyak lagi khasiat double stemcell yang masih belum saya jelaskan dengan terperinci seperti menurunkan kadar kolesterol dalam darah, menyembuhkan penyakit kegatalan pada kulit, penyakit lelah, gout dan banyak lagi.
insyaAllah akan saya jelaskan dengan lebih terperinci dalam artikel saya yang akan datang. sehingga kita berjumpa lagi. bye!!
No comments:
Post a Comment