Tuesday 29 May 2012

pedih ulu hati







hye semua..topik kali ini adalah berkenaan dgn pedih ulu hati....dlm artikel saya sebelum ini, saya ader membincangkan mengenai penyakit gastrik atau dipanggil gastritis..bagi mereka yg mengalami penyakit gastrik, segelintir dprd mereka juga turut mengalami masalah pedih ulu hati......jadi....mari kita mulakan artikel kali ini dengan definasi pedih ulu hati, bagaimana ianya terjadi dan cara utk menangani masalah ini....check it outt......!!!


pedih ulu hati bermaksud seseorang itu merasakan sensasi seperti terbakar atau rasa panas dan pedih di bhg dada ataupun di bhg tengah perut betul2 di bawah permukaan dada...pedih ulu hati selalunya dpt dirasakan naik dari dada ke leher, tekak dan juga rahang.


apakah penyebab masalah pedih ulu hati??
masalah pedih ulu hati biasanya disebabkan oleh refluks asid drpd perut ke dlm esofagus..bagi sesiapa yg pertama kali mendengar istilah esofagus..ianya adalah satu tiub atau saluran yg menghubungkan mulut dan perut anda...fungsi esofagus adalah menyalurkan makanan yg anda makan terus ke dalam perut.


antara penyakit yg menjadi punca kpd masalah pedih ulu hati adalah:


  • penyakit refluks gastroesofagus- hampir semua org pernah merasakan pedih ulu hati, ttp sekiranya anda kerap mengalami masalah ini sekerap lebih dari 2 kali dlm seminggu, anda mungkin mengalami penyakit yg dinamakan refluks gastroesofagus..penyakit ini terjadi apabila sfinkter di bhg bawah esofagus yg menghalang asid drpd perut naik ke esofagus anda gagal berfungsi dgn baik..akibatnya, asid drpd perut naik dan masuk ke dalam esofagus dan merosakkan dinding esofagus anda..selain drpd pedih ulu hati, pesakit yg mengalami refluks gastroesofagus juga mungkin mengalami gejala2 lain seperti masalah utk menelan makanan, terasa sakit apabila menelan makanan, penghasilan air liur yg banyak, dan juga sakit dada.
  • sakit jantung- masalah jantung juga mungkin menjadi penyebab masalah pedih ulu hati...di kalangan pesakit yg masuk ke hospital disbbkan pedih ulu hati, 0.6% drpd mereka telah dikenal pasti menghidapi sakit jantung yg boleh membawa kpd serangan jantung.
  • faktor2 lain seperti kehamilan, makanan dan ubat2an tertentu, stress, merokok, pengambilan alkohol dan  juga obesiti boleh menjadi punca kpd masalah pedih ulu hati
sfinkter di bhg bawah esofagus yg menghalang asid drpd perut naik ke esofagus anda gagal berfungsi dgn baik 
seperti yg saya nyatakan di atas, masalah pedih ulu hati juga adalah merupakan gejala bagi masalah jantung atau serangan jantung..mungkin ada di antara anda di luar sana yg sudah khuatir ttg kenyataan ini..utk membezakan pedih ulu hati yg disebabkan masalah refluks asid dan pedih ulu hati yg disbbkan serangan jantung, mari kita kaji dgn lebih mendalam ttg karakter pedih ulu hati yg dimaksudkan..

pedih ulu hati yg disbbkan refluks asid sllnya...
  • tidak merebak ke bhg bahu dan juga tangan seperti yg dialami oleh pesakit yg mengalami serangan jantung
  • berlaku selepas makan dan semasa baring. apabila anda makan, perut anda akan mengeluarkan asid utk pencernaan, pada masa ini lah asid tersebut akan naik dan masuk ke dalam esofagus.
  • gejala pedih ulu hati dpt di legakan dengan cepat apabila anda mengambil ubat yg meneutralkan asid seperti antasid..namun begitu 10% drpd pesakit serangan jantung juga merasa lega apabila diberikan antasid..
  • semasa anda mengalami pedih ulu hati, anda tidak atau jarang berpeluh seperti yg berlaku kpd pesakit serangan jantung
antara ujian yg akan dijalankan oleh doktor bagi pesakit yg mengalami masalah pedih ulu hati ialah:
  • ujian antasid - pesakit yg diberikan antasid akan menunjukkan kelegaan pedih ulu hati selepas 5-10 minit.
  • sukatan pH esofagus- doktor akan memasukkan alat ke dlm esofagus anda melalui hidung utk menyukat pH dlm esofagus anda samada berasid atau tidak
  • endoskopi- prosedur ini adalah utk melihat lapisan esofagus anda samada berada dlm keadaan baik atau telah rosak disebabkan asid
RAWATAN:
adalah penting bg pesakit yg sering mengalami masalah pedih ulu hati utk mendapatkan rawatan doktor kerana sekiranya penyakit refluks gastroesofagus adalah punca kpd masalah ini, rawatan adalah utk mencegah lapisan esofagus anda drpd terus rosak dan hancur disbbkan asid yg masuk ke dlm esofagus tersebut..
rawatan adalah berbentuk modifikasi cara hidup atau lifestyle anda, ubat dan/atau pembedahan..

modifikasi lifestyle:
makan dengan kuantiti kecil tetapi kerap
  • bg pesakit yg obes, penurunan berat badan ke tahap yg ideal dpt mengurangkan masalah ini
  • naikkan kepala anda atau gunakan bantal yg banyak utk meninggikan paras kepala anda semasa tidur..menaikkan paras kepala anda sbyk 15-20 cm dpt membantu anda mengurangkan masalah pedih ulu hati dgn efektif semasa anda tidur
  • tidur secara mengiring ke sebelah kiri juga dpt membantu anda dlm masalah ini
  • kajian mendapati, bagi mereka yg elakkan makan sekurang2nya 2 jam sebelum tidur dpt mengurangkan masalah ini
  • merokok akan menerukkan lagi masalah pedih ulu hati anda kerana merokok boleh menjejaskan fungsi sfinkter esofagus anda yg mengawal refluks asid ke dlm esofagus
  • makan dlm kuantiti yg sedikit tetapi kerap. sbg contoh makan 4-6 kali sehari dlm kuantiti yg kecil adalah lebih baik drpd makan sbyk 3 kali dlm kuantiti yg besar
  • anda disarankan utk tidak baring dlm masa lebih kurang 4 jam selepas anda makan
  • makanan berlemak dan pedas boleh memberi kesan kepada lapisan perut dan esofagus anda..selain itu makanan yang berasaskan tomato, bawang putih dan lada hitam adalah antara makanan yg boleh memudaratkan masalah anda selain drpd jus2 sitrus..oleh itu, cuba elakkan makanan2 ini atau ambil dlm kuantiti yg sedikit. 
  • kurangkan atau berhenti meminum kopi dan teh, bg mereka yang mengamalkan minuman alkohol, berhenti drpd mengambil minuman ini dpt membantu dlm mslh pedih ulu hati
  • setiap kali anda makan, amalkan kunyah dgn banyak sebelum menelan makanan tersebut, kerana lebih byk bilangan anda mengunyah, lebih banyak enzim yg akan dirembeskan bersama air liur yg berupaya utk meneutralkan asid di dlm makanan anda
  • posisi semasa makan haruslah betul iaitu duduk dgn tegak..jangan makan dlm keadaan baring atau berdiri...elakkan membongkok ke hadapan selepas makan kerana ini boleh meningkatkan refluks asid
  • elakkan memakai pakaian yg sgt ketat atau tali pinggang ketat di bhg perut anda...pakai pakaian yg longgar di bhg perut.
  • elakkan mengangkat benda2 berat atau melakukan kerja2 berat kerana ini akan menyebabkan otot di abdomen anda mengecut dan meningkatkan peratusan refluks

wahhhh.....nampak sungguh sedap...tetapi pesakit pedih ulu hati harus mengelakkan pengambilan minuman ini..

tomato dan bawang putih antara makanan yg perlu dielakkan



ubat2an:
  • terdapat pelbagai jenis ubat yg boleh membantu anda dlm masalah ini...antara ubat yg sering diberikan oleh doktor adalah antasid..ubat ini berfungsi utk meneutralkan pH dan merendahkan kandungan asid. selain itu ubat seperti proton pump inhibitors (omeprazole) dan juga h2 receptor blocker (ranitidine) dpt mengurangkan penghasilan asid dlm perut anda. ubat seperti gaviscon dpt meningkatkan pH anda dan melindungi lapisan mukosa dprd tindakan asid serta mengurangkan refluks asid ke dlm esofagus. 
pembedahan pula adalah bertujuan utk memperbaiki sfinkter esofagus yg rosak atau yg tidak berfungsi dgn baik..

thank you....!! 







Monday 28 May 2012

sakit gastrik



salam semua....! artikel pada kali ini adalah berkenaan dgn penyakit yg sgt biasa dialami terutama di kalangan org dewasa...sekiranya anda mengalami sakit perut apabila tidak makan atau makan lambat, perkataan yg sering didengar adalah gastrik...istilah gastrik seringkali disalahgunakan apabila seseorang itu mengalami sakit perut....mari kita pelajari serba sedikit mengenai penyakit ini agar anda boleh tentukan samada sakit perut anda adalah gastrik ataupun bukan.... =)


gastrik dlm istilah perubatan bermaksud 'gastritis'...adakah anda pernah mendengar ttg 'peptic ulcer atau ulser peptik?? ulser peptik boleh berlaku sekiranya seseorang itu mempunyai latar belakang gastritis...mari kita bincangkan dgn lebih lanjut ttg 2 istilah penting ini....


GASTRITIS


Definasi gastritis:


gastritis adalah keradangan pada lapisan perut...ia boleh berlaku secara tiba2 dan dlm jgka masa yg pendek (acute) ataupun secara berperingkat dan dlm jgka masa yg panjang (chronic)..


ulser peptik pula adalah luka kecil yg berlaku pd permukaan lapisan perut, duodenum (bhg pertama dlm usus kecil) atau bhg bawah esofagus. sekiranya seseorang itu mempunyai keradangan pd lapisan perut (gastritis), tentu sahaja lebih mudah utk terjadi luka di kawasan tersebut..


permukaan lapisan perut mempuyai sel yang berfungsi utk mengeluarkan asid dan enzim yg penting utk pencernaan makanan. ia juga mengeluarkan mukus yg berperanan sbg pelindung kepada permukaan perut tersebut. jadi...apabila keradangan pada lapisan perut berlaku, hanya sedikit asid, enzim dan mukus yg akan dirembeskan...permukaan lapisan perut akan lebih mudah terhakis kerana kekurangan mukus yg menjadi pelindung dan ini menyebabkan luka kecil berlaku...apabila luka telah berlaku, pada tahap inilah ia dipanggil ulser peptik..


pelbagai FAKTOR dikenalpasti menjadi punca kpd penyakit ini... antara punca gastritis adalah:
  • pengambilan alkohol yang kerap dan berlebihan 
  • penggunaan ubat anti keradangan yg bukan steroid (non-steroidal anti-inflammatory drugs) seperti aspirin dan ibuprofen..ubat2 ini sllnya diberikan oleh doktor utk merawati sakit keradangan sendi (arthritis) dan keradangan2 lain...ubat ini boleh menyebabkan gastritis jika diambil dlm jangka masa yg agak lama.
  • jangkitan virus, kulat atau bakteria. bakteria yg seringkali dikatikan dgn penyakit ini dan merupakan penyebab utama adalah Helicobacter pylori... bakteria ini mudah merebak di kawasan yg kurang bersih dan masuk ke dlm badan manusia melalui makanan atau air yg telah dicemari oleh bakteria ini.. 
  • penyakit autoimmune dimana sistem immunisasi yg sepatutnya berperanan sbg ketahanan bdn terhadap penyakit tlh menyerang sel2 di permukaan dinding perut dan menyebabkan kurang penghasilan asid, enzim dan mukus oleh sel tersebut. 
  • refluks hempedu (bile reflux) - refluks hempedu atau aliran balik hempedu ke dalam perut boleh menyebabkan keradangan pd dinding perut.
  • pernicious anaemia - satu penyakit kekurangan darah merah di mana perut tidak dpt menyerap vitamin B12
  • punca2 lain adalah seperti berlakunya keadaan yg menyebabkan stress melampau seperti trauma, pembedahan major dan luka akibat kebakaran. 
non-steroidal anti-inflammatory drugs

GEJALA gastritis:
  • sakit perut di bhg atas perut (antara pusat dan tulang bawah dada) samada di bhg tgh atau kiri dan boleh merebak ke belakang. 
  • rasa loya
  • muntah ( isi kandungan muntah mungkin jernih, kuning atau kehijauan, mengandungi jalur darah ataupun darah sepenuhnya bergantung pd tahap penyakit ini)
  • sendawa (jika berlaku, ianya tidak mengurangkan rasa sakit)
  • kembung perut
  • rasa kenyang dgn hanya makan dlm kuantiti yg kecil
  • hilang selera makan
  • turun berat badan
sakit pd bhg atas perut samada di bhg tgh atau kiri 


ULSER PEPTIK


ulser peptik boleh berlaku pada 4 bahagian di dalam badan iaitu pada:
  • duodenum iaitu bhg pertama usus kecil ( dipanggil duodenal ulcer)
  • perut (dipanggil gastric ulcer)
  • esofagus (dipanggil esophageal ulcer)
  • Meckel's diverticulum (dipanggil meckel's diverticulum ulcer)
PUNCA2 terjadinya ulser peptik adalah:
  • punca utama adalah keradangan lapisan perut yg disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori..
  • ubat anti keradangan bukan steroid (non-steroidal anti-inflammatory drugs)- ubat ini menghalang tindakan cyclooxygenase 1 (enzim di dlm perut yg berperanan utk menghasilkan prostaglandin dimana prostaglandin berfungsi sebagai pelindung pd lapisan perut)
  • merokok merupakan slh satu punca berlakunya penyakit ini tetapi merokok shj tidak begitu berisiko utk mendapat ulser peptik melainkan seseorang itu juga menghidapi jangkitan Helicobacter pylori.
  • diet yg mengandungi makanan pedas juga merupakan slh satu faktor
  • gastrinomas (zollinger Ellison syndrome) adalah ketumbuhan atau tumor yg jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan kewujudan ulser dan ulser tersebut amat sukar utk dipulihkan.
mengikut kajian, makanan pedas meningkatkan risiko ulser peptik

GEJALA ulser peptik adalah :
  • sakit perut di bhg atas perut (antara pusat dan tulang bawah dada) samada di bhg tgh atau kiri dan boleh merebak ke belakang. 
  • sakit perut ini berkait rapat dgn pemakanan.. sakit perut disbbkan duodenal ulcer sllnya akan pulih apabila pesakit makan manakala sakit yg disebabkan gastric ulcer akan bertambah sakit jika pesakit itu makan
  • perut terasa kembung dan penuh
  • rasa loya dan muntah yg byk
  • hilang selera makan dan turun berat badan
  • muntah darah dan mengeluarkan najis yg sgt hitam seperti warna hitam tar merupakan komplikasi penyakit ini dimana ulser tersebut telah mengalami pendarahan.

KOMPLIKASI ulser peptik:

  • pendarahan ulser di dlm perut
  • perforasi - ulser yg membengkak dan membesar di dlm perut boleh menembusi lapisan perut dan merebak ke bhg lain seperti hati dan pankreas
  • kanser perut -jangkitan Helicobacter pylori meningkatkan risiko utk mendapat kanser perut 3 hingga 6 kali lebih drpd org biasa. 

UJIAN yg dijalankan utk mengenalpasti penyakit ini adalah:
  • utk diagnosis penyakit ini, endoskopi dan barium study akan dilakukan sekiranya pesakit tidak pulih selepas beberapa minggu rawatan... prosedur endoskopi ialah memasukkan kamera ke dalam badan utk melihat sistem pencernaan manakala barium study pula adalah prosedur di mana pesakit akan diberikan barium utk diminum.. barium adalah sejenis bahan yg mampu memperlihatkan saluran pemakanan dgn lbh jelas lagi pd x-ray
  • ujian darah - ujian darah akan dilakukan utk melihat samada pesakit mengalami kekurangan darah atau tidak...kekurangan darah boleh berlaku akibat pendarahan dalaman yg merupakan komplikasi penyakit ini.
  • ujian pada najis - ini akan dilakukan pd pesakit yg mempunyai gejala dimana najis mereka berwarna hitam seperti warna hitam tar..ujian ini adalah utk menentukan samada terdapat darah pd najis mereka atau tidak
  • ujian utk mengenal pasti jangkitan bakteria Helicobacter pylori- ujian ke atas nafas, darah dan juga najis pesakit perlu utk mengenal pasti jangkitan bakteria ini.. jangkitan kuman ini juga boleh dipastikan melalui biopsi yg diambil pada perut pesakit semasa proses endoskopi.
RAWATAN bg kedua2 penyakit ini adalah:
  • antasid- ia merupakan satu ubat yg mampu meneutralkan asid di dlm perut sekaligus mengurangkan kesakitan dgn cepat.
  • pesakit di bawah rawatan anti-keradangan bukan steroid (non-steroidal anti-inflammatory drugs) sllnya akan diberikan prostaglandin analog (misoprostol) utk mencegah drpd berlakunya ulser
  • antibiotik juga akan diberikan utk menghilangkan jangkitan Helicobacter pylori
selain dr ubat2an..pesakit juga akan dinasihatkan supaya:
  • kerap makan. Ambil makanan ringan antara makan utama. Ini untuk mengelakkan perut daripada kosong.
  • minum susu.
  • jauhkan daripada perkara-perkara yang boleh memburukkan lagi ulser seperti stress dan merokok.
  • pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brocolli dpt membantu melindungi lapisan perut. 
  • amalkan pengambilan probiotik (bakteria baik) dlm makanan.  

sekian utk kali ini..... =)



byeeee....!!


Thursday 24 May 2012

apa itu endometriosis??

hye..!! semalam ader pembaca yg ingin sy membuat artikel berkenaan dgn endometriosis.. apa itu endometriosis?? mari kita bincangkan... =)

endometriosis adalah satu lg penyakit kaum wanita...jd lelaki x perlu risau akan hal ni.. heee..

endometriosis berlaku apabila tisu di dalam rahim wujud atau tumbuh di bhg lain dlm badan seperti di telur (ovary), pundi kencing, usus, rektum dan lain2 ...

semasa proses kitaran haid pd stp bulan, tisu dlm rahim akan membesar dan menjadi tebal, seterusnya telur akan merembeskan hormon yg akan menghakis tisu tersebut dan ianya akan keluar sebagai darah haid.. bg tisu yg wujud di luar rahim (endometriosis), ini tidak berlaku..kemungkinan tisu ini akan berdarah sedikit tetapi tidak dpt keluar dr bhg badan dan menyebabkan penggumpalan darah  di kawasan itu.....huaaaa...menakutkan bunyinya kan...tisu rahim yg membengkak atau berdarah td adalah punca kesakitan yg dialami oleh mrk yg menghidapi penyakit ini..!

punca sebenar endometriosis tidak diketahui...namun ada teori yg mengatakan ianya berlaku disbbkan tisu di dalam rahim yg sepatutnya keluar mll faraj semasa haid, bergerak ke arah belakang dan pergi ke bhg peranakan wanita yg lain seperti telur atau ke pelvik....risiko mendapat endometriosis bertambah apabila seseorang itu:

  • dtg haid dlm usia yg sgt muda
  • mempunyai kitaran haid yg panjang melebihi 7 hari
  • tidak pernah melahirkan anak
  • mempunyai ahli keluarga yg menghidapi endometriosis

peratusan  utk mendapat endometriosis bg wanita yg pernah mengandung dan melahirkan anak adalah rendah berbanding mereka yg tidak pernah mengandung..




gejala2 endometriosis adalah seperti:

  • sgt sakit di bhg bawah perut sebelum dan semasa dtg haid
  • haid yang tidak teratur atau darah haid yg banyak
  • sakit semasa atau selepas hubungan kelamin
  • sakit di bhg belakang pinggang
  • sembelit atau cirit birit


untuk mengenal pasti penyakit ini..doktor akan melakukan scan mll ultrasound di bhg pelvik..utk lebih mendapat kepastian, laparoskopi di bhg pelvik akan dilakukan....

rawatan penyakit ini bergantung kpd:
  • umur pesakit
  • tahap serius gejala yg anda alami
  • tahap serius penyakit anda
  • samada anda mahu mengandung atau tidak ( slh satu komplikasi penyakit ini adalah susah utk mengandung atau kemandulan, jd jika anda inginkan anak, anda perlu melakukan pembedahan utk merawat dan membuang penyakit ini)
ok.....andai kata....
gejala yg anda alami tidak serius + anda tidak berniat utk mendapatkan anak...

  • rawatan adalah berjumpa doktor stp 6 atau 12 bulan utk doktor memastikan penyakit tersebut tidak melarat ke thp yg serius..sakit yg dialami blh dikurangkan dgn mengambil ubat tahan sakit manakala utk memastikan penyakit tersebut tidak melarat, doktor akan menyarankan anda supaya mengambil pil cegah hamil berterusan selama 6-9 bulan....pil ni dpt membantu utk membantutkan proses pembesaran tisu di luar rahim tersebut...ia juga dpt mengurangkan kesakitan akibat ketiadaan haid...slh satu contoh pil yg dimaksudkan ialah progesterone pil dan ia juga boleh didapati dlm bentuk suntikan..kesan sampingan pd ubat ini ialah berat badan bertambah dan juga depression.

bg mereka yg...
tidak mengalami pengurangan sakit stlh mengambil ubat + tahap penyakit sgt serius +  ingin mendapatkan anak...

  • pembedahan utk membuang tisu di bhg luar rahim tersebut adalah pilihan terbaik.
bg mereka yg telah berusia..
  • doktor akan menyarankan pesakit melalukan pembedahan utk membuang sistem peranakan seperti rahim dan ovari (kilang telur) 

scr kesimpulannya, rawatan dgn ubat tidak boleh mengubati penyakit ini ttp berfungsi mengawal kesakitan...hanya dgn pembedahan dpt membuang penyakit ini namun kebarangkalian utk penyakit ini berulang masih ada.

doktor sll nya menyarankan agar wanita yg menghidapi penyakit ini agar hamil kerana sepanjang proses penghamilan, haid akan berhenti dan ini boleh mengurangkan kesakitan dan melambatkan proses penyakit ke tahap yg lebih serius. 

apakah komplikasi penyakit ini?

  • 30-40% drpd wanita yg menghidapi penyakit ini mungkin akan mandul, namun stlh pembedahan dilakukan, peluang utk hamil kembali normal

  • peratusan mengandung di luar rahim dan keguguran adalah agak tinggi di kalangan wanita yg menghidapi penyakit ini.
  • sekiranya tisu rahim tersebut tumbuh di bhg usus atau pundi kencing, ianya blh menyebabkan masalah kesukaran membuang air, tp ini jrg berlaku
  • kesakitan yg dialami setiap bulan ketika kedatangan haid juga akan menghadkan aktiviti seharian anda
  • tisu di bhg luar rahim yg membengkak boleh menyebabkan pendarahan 
  • tisu di luar rahim tersebut juga boleh berubah menjadi kanser terutama bg mereka yg tlh mencapai tahap menopaus, namun ianya juga jarang berlaku
semoga info mengenai penyakit ini dpt menambahkan pengetahuan anda ttg slh satu penyakit yg dihadapi oleh kaum wanita....see you guys...!!!! 

byeee...!!!!




Tuesday 22 May 2012

penyakit yg anda ingin tahu

hye again..! kali ni xder artikel yg ingin saya tulis...dlm post kali ini saya serahkan kpd anda semua utk mengutarakan sbrg cadangan..dan lebih spesifik lagi, seandainya anda mempunyai sbrg keraguan ttg sesuatu penyakit, sila kemukakan dlm post ini...insyaAllah jika punya byk kesempatan...sy akan cuba menulis ttg artikel yg anda minta..tq..!! =)

tidak datang haid - amenorrhoea

                                      

Hye semua...! kali ini saya ingin membincangkan sedikit sebanyak mengenai slh satu masalah kaum wanita yg sering berlaku iaitu tidak dtg haid utk beberapa bulan atau dlm bahasa perubatannya ialah 'amenorrhoea'...mungkin ramai wanita di luar sana yg mengalami mslh sebegini namun tidak memandang serius dan tidak pergi berjumpa doktor kerana mereka tidak merasakan kesakitan selain hanya berhenti kitaran haid utk beberapa bulan. Bagi wanita di luar sana yg mengalami masalah ini, harap artikel ini sedikit sbyk dpt membantu anda...
CHECK IT OUT....!!! 

Baiklah skrg kita mulakan dgn definasi amenorrhoea itu sendiri dgn lbh mendalam....amenorrhoea bermaksud berhenti kitaran haid selama lebih dr 3-4 bulan... Ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu primary amenorrhoea dan secondary amenorrhoea.. terdapat juga physiological amenorrhoea di mana ianya bukanlah berpunca drpd penyakit tetapi berlaku scr fisiologi dan dianggap normal seperti semasa mengandung, menyusukan anak, kanak2 perempuan yg belum baligh, juga wanita yg sudah menopaus atau putus haid dan juga bg mereka yg tlh menjalani pembedahan membuang rahim.

ok skrg kita bincangkan dgn lbh lanjut ttg primary amenorrhoea dulu yer...=)

PRIMARY AMENORRHOEA  membawa maksud:

-tidak mencapai haid setelah umur 14 thn + tiada ciri2 wanita dewasa atau
-tidak mencapai haid setelah umur 16 thn + ada ciri2 wanita dewasa

ciri2 wanita dewasa di sini bermaksud perkembangan seksual fizikal.

Punca- beberapa faktor seperti ketiadaan rahim atau faraj sejak lahir, masalah pada gene seperti Turner's syndrome, ketiadaan lubang faraj untuk haid keluar, ketidakseimbangan hormon, masalah psikiatri atau stress yang melampau, masalah pemakanan atau tidak cukup zat makanan, terlalu kurus atau terlalu gemuk, penurunan berat badan secara mendadak seperti dlm kes anorexia atau bulimia dan juga aktiviti fizikal yg keterlaluan. selain itu, ia mungkin juga berpunca drpd ketumbuhan di bhg otak seperti di pituitari (satu bhg yg terdapat di dalam otak manusia)


SECONDARY AMENORRHOEA lebih sering berlaku dan membawa maksud ketiadaan haid yg berterusan selama lebih kurang 3-4 bulan bg mereka yg pernah dtg haid secara normal. 

Punca- byk faktor yg menyumbang...antaranya ialah stress,tekanan perasaan atau depression, ketidakseimbangan hormon, menopaus pra-matang (menopaus sblm masanya), polycystic ovarian syndrome (PCOS), ketumbuhan pada ovari atau telur, ketumbuhan pada otak manusia, masalah thyroid dan juga pengambilan ubat seperti ubat utk merawat depression. punca utama di kalangan remaja perempuan ialah seperti aneroxia atau bulimia, dan mereka yg melakukan aktiviti fizikal yang berlebihan seperti atlet. 


PCOS-Polycystic ovarian syndrome
Bg mereka yg berjumpa dgn doktor utk masalah ini, pemeriksaan bermula dgn ujian air kencing utk memastikan mereka tidak mengandung. Bagi mereka yang berhenti haid selama lebih 3 bulan, selalunya para doktor akan membuat ujian darah utk tentukan tahap hormon dlm bdn mereka....selain itu scan menggunakan ultrasound juga akan dibuat utk melihat samada telur dan rahim berada dlm keadaan normal atau mungkin terdpt ketumbuhan. jika tiada punca dikenal pasti, pemeriksaan selanjutnya ialah brain scan atau scan di kepala utk melihat sebarang ketumbuhan.. semua ujian ini adalah bergantung kepada keadaan pesakit dan sejarah pesakit itu sendiri. 

Rawatan- bergantung pada punca amenorrhoea. Bagi pesakit primary amenorrhoea, adalah penting utk mengetahui punca sebenar masalah ini.. mereka yg mengalami ketidakseimbangan hormon akan diberi hormon tambahan seperti progesterone....selain itu, pesakit PCOS akan diberi pil hormon mencegah kehamilan yg berpotensi merawat masalah itu. ... penjagaan makanan dan pengambilan diet yg seimbang juga penting utk mengembalikan kitaran haid yg normal.. bagi mereka yg mempunyai berat bdn berlebihan, mereka disarankan utk menurunkan berat dgn bersenam kerana kegemukan juga merupakan slh satu faktor yg memnyebabkan masalah ini. 
pil cegah hamil


sekian penerangan serba sedikit mengenai amenorrhoea, di harap artikel ini dpt membantu mereka di luar sana utk mendapat gambaran ttg masalah yg mungkin sdg mereka alami...pandangan, comment atau sebarang pertanyaan amat dialukan...jumpa lg...!!! =)


kata2 aluan

Hye semua..!! ini merupakan post saya yg pertama...rasa agak kekok sikit dan kebuntuan idea sbb x pernah menulis dlm mana2 blog sblm ni..heee..sblm menulis dgn lbh jauh lg, mohon maaf andai ada kekurangan yerr.. =)

Blog ini saya dedikasi kan kpd masyarakat di luar sana yg ingin kan info mengenai apa jua masalah2 kesihatan yg membelenggu pemikiran mereka selama ini..saya memilih bahasa melayu sbg bahasa utama dlm blog ini dgn harapan agar mudah difahami oleh mereka2 yg mungkin menghadapi kesukaran utk memahami dgn lbh jelas artikel2 perubatan yg kebanyakannya dlm bahasa inggeris.

Mungkin bukan mudah utk saya sendiri menterjemahkan dan menulis artikel ttg penyakit2 menggunakan bahasa melayu krn sepanjang saya belajar dlm bidang ini, 100% adalah dlm bahasa inggeris..tp saya cuba yer.. =) saya amat mengharapkan soalan2 dan pandangan dr semua utk menjayakan blog sy yg x seberapa adanya ini.. sehingga berjumpa lagi dlm post2 saya yg akan dtg...byee!!