Monday 28 May 2012

sakit gastrik



salam semua....! artikel pada kali ini adalah berkenaan dgn penyakit yg sgt biasa dialami terutama di kalangan org dewasa...sekiranya anda mengalami sakit perut apabila tidak makan atau makan lambat, perkataan yg sering didengar adalah gastrik...istilah gastrik seringkali disalahgunakan apabila seseorang itu mengalami sakit perut....mari kita pelajari serba sedikit mengenai penyakit ini agar anda boleh tentukan samada sakit perut anda adalah gastrik ataupun bukan.... =)


gastrik dlm istilah perubatan bermaksud 'gastritis'...adakah anda pernah mendengar ttg 'peptic ulcer atau ulser peptik?? ulser peptik boleh berlaku sekiranya seseorang itu mempunyai latar belakang gastritis...mari kita bincangkan dgn lebih lanjut ttg 2 istilah penting ini....


GASTRITIS


Definasi gastritis:


gastritis adalah keradangan pada lapisan perut...ia boleh berlaku secara tiba2 dan dlm jgka masa yg pendek (acute) ataupun secara berperingkat dan dlm jgka masa yg panjang (chronic)..


ulser peptik pula adalah luka kecil yg berlaku pd permukaan lapisan perut, duodenum (bhg pertama dlm usus kecil) atau bhg bawah esofagus. sekiranya seseorang itu mempunyai keradangan pd lapisan perut (gastritis), tentu sahaja lebih mudah utk terjadi luka di kawasan tersebut..


permukaan lapisan perut mempuyai sel yang berfungsi utk mengeluarkan asid dan enzim yg penting utk pencernaan makanan. ia juga mengeluarkan mukus yg berperanan sbg pelindung kepada permukaan perut tersebut. jadi...apabila keradangan pada lapisan perut berlaku, hanya sedikit asid, enzim dan mukus yg akan dirembeskan...permukaan lapisan perut akan lebih mudah terhakis kerana kekurangan mukus yg menjadi pelindung dan ini menyebabkan luka kecil berlaku...apabila luka telah berlaku, pada tahap inilah ia dipanggil ulser peptik..


pelbagai FAKTOR dikenalpasti menjadi punca kpd penyakit ini... antara punca gastritis adalah:
  • pengambilan alkohol yang kerap dan berlebihan 
  • penggunaan ubat anti keradangan yg bukan steroid (non-steroidal anti-inflammatory drugs) seperti aspirin dan ibuprofen..ubat2 ini sllnya diberikan oleh doktor utk merawati sakit keradangan sendi (arthritis) dan keradangan2 lain...ubat ini boleh menyebabkan gastritis jika diambil dlm jangka masa yg agak lama.
  • jangkitan virus, kulat atau bakteria. bakteria yg seringkali dikatikan dgn penyakit ini dan merupakan penyebab utama adalah Helicobacter pylori... bakteria ini mudah merebak di kawasan yg kurang bersih dan masuk ke dlm badan manusia melalui makanan atau air yg telah dicemari oleh bakteria ini.. 
  • penyakit autoimmune dimana sistem immunisasi yg sepatutnya berperanan sbg ketahanan bdn terhadap penyakit tlh menyerang sel2 di permukaan dinding perut dan menyebabkan kurang penghasilan asid, enzim dan mukus oleh sel tersebut. 
  • refluks hempedu (bile reflux) - refluks hempedu atau aliran balik hempedu ke dalam perut boleh menyebabkan keradangan pd dinding perut.
  • pernicious anaemia - satu penyakit kekurangan darah merah di mana perut tidak dpt menyerap vitamin B12
  • punca2 lain adalah seperti berlakunya keadaan yg menyebabkan stress melampau seperti trauma, pembedahan major dan luka akibat kebakaran. 
non-steroidal anti-inflammatory drugs

GEJALA gastritis:
  • sakit perut di bhg atas perut (antara pusat dan tulang bawah dada) samada di bhg tgh atau kiri dan boleh merebak ke belakang. 
  • rasa loya
  • muntah ( isi kandungan muntah mungkin jernih, kuning atau kehijauan, mengandungi jalur darah ataupun darah sepenuhnya bergantung pd tahap penyakit ini)
  • sendawa (jika berlaku, ianya tidak mengurangkan rasa sakit)
  • kembung perut
  • rasa kenyang dgn hanya makan dlm kuantiti yg kecil
  • hilang selera makan
  • turun berat badan
sakit pd bhg atas perut samada di bhg tgh atau kiri 


ULSER PEPTIK


ulser peptik boleh berlaku pada 4 bahagian di dalam badan iaitu pada:
  • duodenum iaitu bhg pertama usus kecil ( dipanggil duodenal ulcer)
  • perut (dipanggil gastric ulcer)
  • esofagus (dipanggil esophageal ulcer)
  • Meckel's diverticulum (dipanggil meckel's diverticulum ulcer)
PUNCA2 terjadinya ulser peptik adalah:
  • punca utama adalah keradangan lapisan perut yg disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori..
  • ubat anti keradangan bukan steroid (non-steroidal anti-inflammatory drugs)- ubat ini menghalang tindakan cyclooxygenase 1 (enzim di dlm perut yg berperanan utk menghasilkan prostaglandin dimana prostaglandin berfungsi sebagai pelindung pd lapisan perut)
  • merokok merupakan slh satu punca berlakunya penyakit ini tetapi merokok shj tidak begitu berisiko utk mendapat ulser peptik melainkan seseorang itu juga menghidapi jangkitan Helicobacter pylori.
  • diet yg mengandungi makanan pedas juga merupakan slh satu faktor
  • gastrinomas (zollinger Ellison syndrome) adalah ketumbuhan atau tumor yg jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan kewujudan ulser dan ulser tersebut amat sukar utk dipulihkan.
mengikut kajian, makanan pedas meningkatkan risiko ulser peptik

GEJALA ulser peptik adalah :
  • sakit perut di bhg atas perut (antara pusat dan tulang bawah dada) samada di bhg tgh atau kiri dan boleh merebak ke belakang. 
  • sakit perut ini berkait rapat dgn pemakanan.. sakit perut disbbkan duodenal ulcer sllnya akan pulih apabila pesakit makan manakala sakit yg disebabkan gastric ulcer akan bertambah sakit jika pesakit itu makan
  • perut terasa kembung dan penuh
  • rasa loya dan muntah yg byk
  • hilang selera makan dan turun berat badan
  • muntah darah dan mengeluarkan najis yg sgt hitam seperti warna hitam tar merupakan komplikasi penyakit ini dimana ulser tersebut telah mengalami pendarahan.

KOMPLIKASI ulser peptik:

  • pendarahan ulser di dlm perut
  • perforasi - ulser yg membengkak dan membesar di dlm perut boleh menembusi lapisan perut dan merebak ke bhg lain seperti hati dan pankreas
  • kanser perut -jangkitan Helicobacter pylori meningkatkan risiko utk mendapat kanser perut 3 hingga 6 kali lebih drpd org biasa. 

UJIAN yg dijalankan utk mengenalpasti penyakit ini adalah:
  • utk diagnosis penyakit ini, endoskopi dan barium study akan dilakukan sekiranya pesakit tidak pulih selepas beberapa minggu rawatan... prosedur endoskopi ialah memasukkan kamera ke dalam badan utk melihat sistem pencernaan manakala barium study pula adalah prosedur di mana pesakit akan diberikan barium utk diminum.. barium adalah sejenis bahan yg mampu memperlihatkan saluran pemakanan dgn lbh jelas lagi pd x-ray
  • ujian darah - ujian darah akan dilakukan utk melihat samada pesakit mengalami kekurangan darah atau tidak...kekurangan darah boleh berlaku akibat pendarahan dalaman yg merupakan komplikasi penyakit ini.
  • ujian pada najis - ini akan dilakukan pd pesakit yg mempunyai gejala dimana najis mereka berwarna hitam seperti warna hitam tar..ujian ini adalah utk menentukan samada terdapat darah pd najis mereka atau tidak
  • ujian utk mengenal pasti jangkitan bakteria Helicobacter pylori- ujian ke atas nafas, darah dan juga najis pesakit perlu utk mengenal pasti jangkitan bakteria ini.. jangkitan kuman ini juga boleh dipastikan melalui biopsi yg diambil pada perut pesakit semasa proses endoskopi.
RAWATAN bg kedua2 penyakit ini adalah:
  • antasid- ia merupakan satu ubat yg mampu meneutralkan asid di dlm perut sekaligus mengurangkan kesakitan dgn cepat.
  • pesakit di bawah rawatan anti-keradangan bukan steroid (non-steroidal anti-inflammatory drugs) sllnya akan diberikan prostaglandin analog (misoprostol) utk mencegah drpd berlakunya ulser
  • antibiotik juga akan diberikan utk menghilangkan jangkitan Helicobacter pylori
selain dr ubat2an..pesakit juga akan dinasihatkan supaya:
  • kerap makan. Ambil makanan ringan antara makan utama. Ini untuk mengelakkan perut daripada kosong.
  • minum susu.
  • jauhkan daripada perkara-perkara yang boleh memburukkan lagi ulser seperti stress dan merokok.
  • pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brocolli dpt membantu melindungi lapisan perut. 
  • amalkan pengambilan probiotik (bakteria baik) dlm makanan.  

sekian utk kali ini..... =)



byeeee....!!


58 comments:

  1. salam doc,ada ke rawatan untuk hilangkan gastrik secara kekal seperti operate???harap dapt respon segera...terima kasih doc...

    ReplyDelete
  2. Wslm..sakit gastrik hny boleh dirawat mll ubat yg membantu melindungi dinding perut..setahu sy di msia belum ader lg rawatan operation utk penyakit ini..

    ReplyDelete
  3. Wslm..sakit gastrik hny boleh dirawat mll ubat yg membantu melindungi dinding perut..setahu sy di msia belum ader lg rawatan operation utk penyakit ini..

    ReplyDelete
  4. assalm...doc,saya ada gastrik tapi tidak terlalu teruk cuma mengalami kembung perut,lemah tubuh badan,pening kepala,ada kala agak sukar utk bernafas dan kadang kala menaikkan tekanan darah saya.tapi sejak kebelakangan ini saya menjadualkan waktu makan saya walau pun begitu gastrik saya masih ada lagi selepas 3 bulan dn menjadi persoalan apakah jenis ubat yang sesuai dengan saya oleh kerana saya hanya mengalami kembung angin sahaja dan tidak mengalami sakit perut yang teruk

    ReplyDelete
  5. doc,bagaimanakah keadaan sekiranya pesakit menderita gastrik tahap 4?adakah akan membawa maut?adakah cara untuk menyembuhkan?tima kasih doc

    ReplyDelete
  6. Assalam doc.

    Bagaimana cara utk elakkan gastrik sbb lately saya sering diserang gastrik.Biasanya gastrik menyerang lewat pagi dlm pukul 2-4 pagi dan selama 4 jam terpaksa menanggung sakit bukan saje di perut tapi dibhg belakang badan sebelah kiri. Selepas 4 jam, sakit perut beransur sembuh tp tak sepenuhnya...masih terasa pedih2 tapi bukan di ulu hati.


    Harap doc. dpt bagi pandangan.

    ReplyDelete
  7. As salam dr,
    Saya nak tanya, ade beza ke ulser perut dgn gastrik?

    ReplyDelete
  8. doc saye pesakit sle dan sekarang disahkn mengandung 9 bln. saye dapati kini saye sering mengalami gejala gastric ini hampir sebulan.apabile bertye pd doc yg merawat beliau berkate ini biase terjd pd ibu mengandung. adakah ini ade kaitan dgn penyakit saye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis boleh hubungi sy x. Sy nk tnya something about sle

      Delete
  9. hi Dr.. minta nasihat Dr..
    bgimana kalau gastrik sehingga migrain menyerang dan demam.
    TQ

    ReplyDelete
  10. Gastrik sy dh lama..
    1-akan sakit lepas 1 jam sesudah makan
    2-akan bertambah sakit apabila terus kn makan..
    3-sakit d bhgian tgh perut dn bwh abdomen bhgian kanan perut
    4-kembung sentiasa
    5-sentiasa makan HISTAC 150MG
    6-x muntah dn najis juga warna normal
    7-sakit sejak thn 1994...
    Harap doc dpt bantu bg pendapat atau apa yg perlu saya buat...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcmmane dgn keadaan awk ye.sy pun mengalami sympton yg serupa

      Delete
    2. sila call atau whatapp saya zaini 019-3642350

      Delete
    3. Insyaallah awk boleh cbe produk sy yg boleh membantu awk.. 01116956348 sy pun mcm awk sblm ni.. Skrg dh sembuh.. Klu berminat, awk cntct sy.. Insyaallah Halal,Tulen dan Selamat

      Delete
  11. Minum susu full cream setiap 4 jam sehingga betul2 sembuh...bkn jenama anlene k

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      tapi doktor klinik cakap dairy product x boleh mik.. sy de mintak dia senaraikan apa yg sy kn elak.

      Delete
  12. saya mengalami gastrik yang teruk sejak kebelakangan ini...mungkin kerana stress...sehinggakan kehilangan berat bdn 10kg dalam masa 4bln....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersimpati dgn masalah yg anda alami...cuba amalkan gaya hidup sihat dgn bersenam dan beriadah...agar dpt membantu mengurangkan stress yg sedang anda alami..

      Delete
  13. Salam dr lizzy, sejak 2 bulan kebelakangan gingga hari ni, setiap kali sy makan, sy akan mengalami sakit pd bhgn belakang kiri (antara bahu ke tulang rusuk) dan dada kiri.apabila diurut bhgn tersebut sy akan sendawa byk kali. Sakit tu terasa seperti urat belikat dan otot dada tegang.perut sy di bawah tulang rusuk kiri dan kanan selalu kembung dan bile ditekan sy berasa sakit. Adakah ini simptom gastrik? tq doc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas soalan saudara..ulser di perut terbahagi kepada dua iaitu gastric ulser dan juga duodenal ulser..pesakit yang mengalami gastric ulser akan merasa sakit setiap kali selepas makan manakala pesakit duodenal ulser akan merasa lebih lega dan hilang sakit selepas makan...pesakit ulser akan merasa kurang sakit atau sakit mereka hilang setelah mengambil ubat antasid..sekiranya sakit yg saudara alami tidak kurang setelah mengambil ubat tersebut..boleh berjumpa dgn doktor utk pemeriksaan lanjut.

      Delete
  14. salam dr,,sy xthu tahap gstrik sy,,prut kmbung,,kdg2 ad ssutu kt dlm tekak,yg myebab kn sy nk muntah,,,ble buang ia hnya air liur pekat,,rase bdan brdnyut,,minta dr bg pndpat ttg pykit sy,,trima ksih,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahap gastrik yang bahaya ialah apabila berlaku komplikasi seperti pendarahan ulser dan juga perforasi...pendarahan ulser boleh dikenalpasti melalui simptom muntah yang mengandungi darah dan juga mengeluarkan najis yang berwarna hitam pekat...elakkan perkara2 dan makanan yang boleh memburukkan keadaan gastrik anda... Dapatkan ubat dari doktor utk sakit gastrik agar dpt membantu melindungi permukaan dinding perut seterusnya mencegah komplikasi dan mengurangkan kesakitan..

      Delete
  15. Doc,smlm perut sy terasa sakit sgt,bhgn tngh pusat sampi pinggang kiri,sgt xselesa,smpi terbongkok2 tahan sakit.sy xpenah sakit mcm ni.sy mkn magnesium trisilicate,muntah brbuih2 putih.dlm kul 2 pagi sy terjaga coz sakit lgi.sy mkn lgi ubt.bangun pagi sakit kurang,tapi bisa di perut masih ada.gastrik ke sy doc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gastrik selalunya akan merasa sakit dan tidak selesa di bhg ulu hati...dptkan rawatan doktor sekiranya sakit anda berlarutan...

      Delete
  16. Salam, doc setelah 3 mngu sya mglami sakit perut, stelah di cek saya kna gastrik angin, dah pelbgai ubat d klnik sya pg x baik2 jugak gastrik sya, mkn pun dah pantang, gastrik ni mmbuat kn hati saya sayu, bosan, x berdaya, malas btul ke doc

    ReplyDelete
  17. Salam.
    Kita nak tanya pasal gastritis sebab sekarang ini kita tgh buat satu android application mengenai gastritis. Kite haral doktor dapat membantu kita utk mendapat sebarang maklumat yg detail mengenai gastritis.

    Kita harap doktor dapat memberi email doktor keoada kita supaya senang utk kita menghubunggi doktor

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Dr, saya pesakit major depression sejak bbrp thn lalu dan masih dlm rawatan. Kblkngn ini saya slalu sakit nyeri dan menyucuk2 di ulu hati dan bhgn kiri dan bwh pinggang, dan kdg2 hingga ke blkg pinggang kiri. Keadaan ini terasa spt kita sdg cemas dan ketakutan mnybbkn rasa sesak dan tidak selesa spnjg masa. Saya hilang selera mkn, berat turun mndadak dlm 2bln, bibir terkupas dan tidak dpt tidur. Adkh saya gastrik atau ada kaitan dgn stress?

    ReplyDelete
  20. Saya bukan Dr, tapi cara ni mungkin boleh dicuba. Beli pati ikan haruan dalam 10 botol (mungkin dalam rm50). Minum satu botol semasa perut kosong atau sebaik2nya ketika baru terjaga dari tidur pagi. Selepas minum (semasa pati ikan haruan tersebut masih dalam perut), guling2kan badan, menirap, membongkok, mengiring dll supaya pati tersebut mengalir ke seluruh permukaan perut. Bayangkan sekiranya ada sedikit air di dalam satu botol. Bagaimana hendak membuatkan seluruh permukaan dalaman tersebut kena air. Anda terpaksa menggongcang dengan tangan. Tapi pati ikan haruan tu dalam perut dan anda perlu membuat beberapa gerakan supaya semua permukaan perut terkena pati tersebut. Pati ikan haruan mungkin boleh mengubat kawasan2 luka di dalam perut. ,

    ReplyDelete
  21. Dr.lizzy saya ada pertanyaan. Adakah sakit batu hempedu , pankreas dan sakit ulu hati mempunyai simptom yang sama? . Saya sering diserang sakit ulu hati dan dibawah tulang rusuk sebelah kiri saya sakit , sehingga kan perut berasa senak dan kurang selesa . saya sering sendawa dan ini akan melegakan dada saya seketika . sudah hampir 2 bulan saya menghidap sakit ini dan ubat seperti histac dan antacid jadi bekalan . Akan tetapi iya hanya melegakan seketika sahaja . adakah saya perlu membeli ubat esomeprazole di farmasi..

    ReplyDelete
  22. Assalam,..sekadar perkongsian dgn Dr Lizzy dan sahabat2 disini,..saya kena penyakit gastrik sejak sejak setahun yg lalu..selain gastrik, sya jugak ada asthma..bila kena serangan , rasa mcm nak mati..semput,sukar bernafas, perut kembong, badan automatik jd letih..selain dr rawatan dgn ubat air kapor tu dan Ranitidine, kadang2 belasah jugak Gaviscone, saya telah diperkenalkan dgn Jus Walit Ginseng dan Jus Walit Stevia oleh seorang rakan pejabat. Alhamdulillah, sejak mengamalkan minum jus ini (satu tudung penutup botol setiap satu, pagi dan malam), rasa sakit gastrik dan kembong angin diperut dah berkurangan..dan rasa penafasan saya pun lebih sempurna sikit..badan jd bertenaga, masalah tidor malam pun dah okay..bukan nak promote tapi sekadar nak kongsi bersama sesuatu yg baik..Zul Penang - Whatsapp@SMS - 0174878885..wassalam.

    ReplyDelete
  23. Info yang menarik tentang gastrik. terima kasih.

    ReplyDelete
  24. as salam doktor.saya mengalami sakit di bahagian atas pusat sebelah kiri sepertiti ada jarum cucuk dlm2....sakit yg mcm kene cucuk jarum tu dalam 3 4 minit baru die hilang..saya dah mengidap sakit ini dlm seminggu..jenis sakit apakah ini..mohon bantuan

    ReplyDelete
  25. As salam Doc...gastrik sy sudah hampir 4 tahun...ubat hospital beebagai sy mkn....endoskop sy dah buat...memang ada luka kecil dlm perut.....mslh sy....sy sering sakit dada belah kiri....ECG dah berbelas kali buat...semua result ok....mohon pencerahan Doc..apa perlu sy lakukan...sy hampir putus asa dah......wasalam

    ReplyDelete
  26. MERHABA, KREDİ ARAYANLAR.
    Hayal kırıklığına olma yardım ve yorgun ihtiyacınız var mı? ...
    Biz bir şirket, küçük işletmeler ve şirketler kredilerin çeşitli yanı sıra bireysel tüketicilere sunuyoruz.
    Bizim kredi paketi uzun veya kısa süreli olabilir ya, tercihleri istediğiniz.
    Biz eğitim, iş, borç konsolidasyonu ve kredi proje uygulama olarak kredilerin her türlü sunuyoruz.
    Biz reklam internet rağmen kredi deneyim büyük bir zenginlik var.
    Kredi sistemi internet ölçüde finansal ihtiyaçları ve gereklilikleri ile tüm ticari müşterilere yardımcı olmak için kiralama hizmet yelpazemizi genişletmek için bize getirdi Bizim yaklaşım dinamiktir.
    Eğer bir peşinat, kötü kredi, ya da belki borç bir sürü yoksa, biz sizin özel ihtiyaçlarına göre mükemmel bir program bulabilirsiniz! Biz çok düşük faiz oranıyla kredi belli bir miktar sunuyoruz.
    Biz 10 yıllık krediler için iş olmuştur, deneyim ve uzmanlık yüksek seviyede belirtilen zaman dilimi altında müşterilerimize tüm kredi transferi inkar edilemez.
    Size geçmek için bu harika fırsatı mali izin vermeyin.
    Sarah Mantı Wong Kredi Ev
    E-posta: sarahmantiwongloanhome@gmail.com veya sarahmantiwongfinancialsolution@yahoomail.com

    ReplyDelete
  27. salam ,, ulser ada kaitan tak dengan urat?,,sy kena ulser smpai sakit kepala n sakit gigi..

    ReplyDelete
  28. Assalam. Tqvm atas perkongsian Doktor..sy penghidap gastrik since masa study siap kena injection..time pregnant dua anak pun still kena gastrik. Mungkin faktor stress sama.

    ReplyDelete
  29. Salam doktor, Terima kasih atas perkongsian ini. Cuba komen sikit pasal testimoni pesakit gastrik yang menderita bertahun-tahun lepas makan ni terus OK tak sakit dah. Bunyi macam magik silap mata tapi.. taktahulah. Saya percaya doktor je.

    ReplyDelete
  30. salam...saya mengalami sakit perut sebelah kanan di bahagian atas sejak 3 minggu yg lalu...sepanjang waktu tersebut dh dua kali wat pemeriksaan di klinik dan sekali di hospital..ujian darah dan air kencing diambil namun tiada sebarang masalah..ubat yg diberi dh habis tapi sakit masih sama..sakit ini menyebabkan belakang badan sebelah kanan turut sakit ketika hendak tunduk...apa yg perlu saya lakukan?

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum, saya ada terbaca di satu website mengatakan bahawa pensakit Gastrik perlu elak dari ubat dari klinik seperti Milk of Magnesium dan sebagainya kerana ia akan merumitkan keadaan.

    Adakah ini benar dan jika benar, bagaimana ubat tersebut boleh menjadikan penyakit Gastrik lebih rumit?

    ReplyDelete
  32. Asalam dr...saya penghidap gastritis dr umur 10 thn tp jarang2 berlaku serangan...tp skrg ni dlm masa 2 bln saya kerap sakit di bhgian atas perut dan diantara tulang dada, muntah tp normal...skrg saya tgh menunggu appointment untuk endoskopi...saya btl2 buntu dgn mslh saya ni...antibiotik dr klinik pun saya dh makan tp tiada perubahan..harap dr dpt membantu....

    ReplyDelete
  33. Apalah doktor tak jawab huhuhu...ramai menunggu jawapan tu....nak sgt buat blog ..mmmh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr pon ada life dia jugak, nak details sila ke Hospital

      Delete
  34. salam doktor.
    saya mengalami gastrik sydah masuk tahun ketiga.
    hari ini saya terlewat makan.tibab tiba saya berasa badan bergoyang ketika berdiri dan berjalan bagaikan sedang memijak belon . adakah disebabkan gastirk atau pebyakit lain. pernah pergi pwriksa di klinik. doktor mengatakN tiada apa.apa. tolong lah saya.tq

    ReplyDelete
  35. Salam dr Lizzy..sy br sja baik dr cirit-birit..pastu sekarang perut terasa mcm byk angin disbelah kiri perut & rasa mcm keram...adakah nie ini berpunca dr gastrik ?

    ReplyDelete
  36. kerap kena setiap 2 minggu sekali. telah ambil omeprazole selama 2 mgu berturut, tp slps itu sakit semula.ketika sakit rasa smpi belikat kiri. pedih ulu hati selama lbh kurang 15-20mnt. apakah jenis gastrik saya samada ulcer atau gsstrik angin dan cara rawatan yg sesuai? tq

    ReplyDelete
  37. Assalam doc... Saya spt yg lain sakit pd bwh tulang rusuk seblh kiri.. Kdg2 pedih ulu hati dan rs senak di perut... Dh mcm ikhtiar yg sy lakukan namun penykit nie pergi dan dtg bersilih ganti.. Sy jg mengambil supplement shaklee set gastrik... Namun msih kurang membantu masalah saya... Sy hrp doc dpt membantu saya dan pesakit lain berkaitan dgn gastrik...

    ReplyDelete
  38. Assalam doc... Saya spt yg lain sakit pd bwh tulang rusuk seblh kiri.. Kdg2 pedih ulu hati dan rs senak di perut... Dh mcm ikhtiar yg sy lakukan namun penykit nie pergi dan dtg bersilih ganti.. Sy jg mengambil supplement shaklee set gastrik... Namun msih kurang membantu masalah saya... Sy hrp doc dpt membantu saya dan pesakit lain berkaitan dgn gastrik...

    ReplyDelete
  39. saya mengalami sakit perut yg berlarutan dan kadangkala saya sering sakit dada. selain itu, saya juga berasa lemah dan tiada selera mkn.adakah ini penyakit gastrik?

    ReplyDelete
  40. Assalam doc, saya sudah pergi klinik utk dpt kn rawatan . Tp msh belum sembuh, setiap kali sy nk menelan mknn atau minum air dn sendawa terasa sakit . Sy ad selera makan tpi selera sy terbantut akibat rasa sakit waktu menelan . Dan dada sy rasa ketat hingga ke blkg bdn terasa . Hm apa kah langkah yg spttnya saya buat ? Sbb klinik dr yg sy pegi haritu kata sy masih agak muda untuk mnjalani endoskopi sbb mmberi risio . Jd dia tk syorkn sy buat , tpi klo dalam masa dua minggu tk sihat dia sarankn sy buat . Tpi nk tgu dalam tempoh tu tk mmpu doc , sbb nk mkn tu rasa susah sgt n sakit :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum...awak dah cek ke?sye pon ada simptom mcm tu...

      Delete
  41. Salam..doc ..sy x thu penyakit sy apa tp setial kali sy mkn lebih dri saty jnis mkanan pasti perut sy akan sakit, x tu jgk bahagian belakang sy turut sakit, tgn sebelah kiri pom rasa lenguh sakit x thu nak cakap mcm mne.huhu.sy rasa sy bukan gastrik..selalu sakit doc..apa yang sebenarnya berlaku kpd sy.

    ReplyDelete
  42. Meh kita buat watsup group dan kongsi pengalaman masing2

    ReplyDelete
  43. Nak join,add no sy 0173885836

    ReplyDelete
  44. As salam dr.lizzy...
    Sy nk tau makanan pe yg patut di elak kan mkn untk pesakit gastrik??

    ReplyDelete
  45. Saya pernah mengalami penyakit gastric... Yg amat teruk sampaikan kena bawa bekal ke Mana sahaja... Alhamdulliah gastric saya sembuh Dan hilang terus... Cubalah minum air gamat yang asli inshallah anda akan sembuh

    ReplyDelete
  46. Salam doc
    Sy first doc sah kan sy kne gastrik after seminggu makan ubat sy dh okay selepas itu sy terkena keracunan makanan dan start dri tu sy sakit gastrik sampailah skg dada sy salu sakit perut kmbung bnyak angin sendawa selalu tapi bila makan tak sakit,bermacam ubt dh mkn tapi still gastric tk hilang sentiase rse senak je perut ni mkn rse tk knyang lnsung

    ReplyDelete