Showing posts with label masalah wanita. Show all posts
Showing posts with label masalah wanita. Show all posts

Thursday, 24 May 2012

apa itu endometriosis??

hye..!! semalam ader pembaca yg ingin sy membuat artikel berkenaan dgn endometriosis.. apa itu endometriosis?? mari kita bincangkan... =)

endometriosis adalah satu lg penyakit kaum wanita...jd lelaki x perlu risau akan hal ni.. heee..

endometriosis berlaku apabila tisu di dalam rahim wujud atau tumbuh di bhg lain dlm badan seperti di telur (ovary), pundi kencing, usus, rektum dan lain2 ...

semasa proses kitaran haid pd stp bulan, tisu dlm rahim akan membesar dan menjadi tebal, seterusnya telur akan merembeskan hormon yg akan menghakis tisu tersebut dan ianya akan keluar sebagai darah haid.. bg tisu yg wujud di luar rahim (endometriosis), ini tidak berlaku..kemungkinan tisu ini akan berdarah sedikit tetapi tidak dpt keluar dr bhg badan dan menyebabkan penggumpalan darah  di kawasan itu.....huaaaa...menakutkan bunyinya kan...tisu rahim yg membengkak atau berdarah td adalah punca kesakitan yg dialami oleh mrk yg menghidapi penyakit ini..!

punca sebenar endometriosis tidak diketahui...namun ada teori yg mengatakan ianya berlaku disbbkan tisu di dalam rahim yg sepatutnya keluar mll faraj semasa haid, bergerak ke arah belakang dan pergi ke bhg peranakan wanita yg lain seperti telur atau ke pelvik....risiko mendapat endometriosis bertambah apabila seseorang itu:

  • dtg haid dlm usia yg sgt muda
  • mempunyai kitaran haid yg panjang melebihi 7 hari
  • tidak pernah melahirkan anak
  • mempunyai ahli keluarga yg menghidapi endometriosis

peratusan  utk mendapat endometriosis bg wanita yg pernah mengandung dan melahirkan anak adalah rendah berbanding mereka yg tidak pernah mengandung..




gejala2 endometriosis adalah seperti:

  • sgt sakit di bhg bawah perut sebelum dan semasa dtg haid
  • haid yang tidak teratur atau darah haid yg banyak
  • sakit semasa atau selepas hubungan kelamin
  • sakit di bhg belakang pinggang
  • sembelit atau cirit birit


untuk mengenal pasti penyakit ini..doktor akan melakukan scan mll ultrasound di bhg pelvik..utk lebih mendapat kepastian, laparoskopi di bhg pelvik akan dilakukan....

rawatan penyakit ini bergantung kpd:
  • umur pesakit
  • tahap serius gejala yg anda alami
  • tahap serius penyakit anda
  • samada anda mahu mengandung atau tidak ( slh satu komplikasi penyakit ini adalah susah utk mengandung atau kemandulan, jd jika anda inginkan anak, anda perlu melakukan pembedahan utk merawat dan membuang penyakit ini)
ok.....andai kata....
gejala yg anda alami tidak serius + anda tidak berniat utk mendapatkan anak...

  • rawatan adalah berjumpa doktor stp 6 atau 12 bulan utk doktor memastikan penyakit tersebut tidak melarat ke thp yg serius..sakit yg dialami blh dikurangkan dgn mengambil ubat tahan sakit manakala utk memastikan penyakit tersebut tidak melarat, doktor akan menyarankan anda supaya mengambil pil cegah hamil berterusan selama 6-9 bulan....pil ni dpt membantu utk membantutkan proses pembesaran tisu di luar rahim tersebut...ia juga dpt mengurangkan kesakitan akibat ketiadaan haid...slh satu contoh pil yg dimaksudkan ialah progesterone pil dan ia juga boleh didapati dlm bentuk suntikan..kesan sampingan pd ubat ini ialah berat badan bertambah dan juga depression.

bg mereka yg...
tidak mengalami pengurangan sakit stlh mengambil ubat + tahap penyakit sgt serius +  ingin mendapatkan anak...

  • pembedahan utk membuang tisu di bhg luar rahim tersebut adalah pilihan terbaik.
bg mereka yg telah berusia..
  • doktor akan menyarankan pesakit melalukan pembedahan utk membuang sistem peranakan seperti rahim dan ovari (kilang telur) 

scr kesimpulannya, rawatan dgn ubat tidak boleh mengubati penyakit ini ttp berfungsi mengawal kesakitan...hanya dgn pembedahan dpt membuang penyakit ini namun kebarangkalian utk penyakit ini berulang masih ada.

doktor sll nya menyarankan agar wanita yg menghidapi penyakit ini agar hamil kerana sepanjang proses penghamilan, haid akan berhenti dan ini boleh mengurangkan kesakitan dan melambatkan proses penyakit ke tahap yg lebih serius. 

apakah komplikasi penyakit ini?

  • 30-40% drpd wanita yg menghidapi penyakit ini mungkin akan mandul, namun stlh pembedahan dilakukan, peluang utk hamil kembali normal

  • peratusan mengandung di luar rahim dan keguguran adalah agak tinggi di kalangan wanita yg menghidapi penyakit ini.
  • sekiranya tisu rahim tersebut tumbuh di bhg usus atau pundi kencing, ianya blh menyebabkan masalah kesukaran membuang air, tp ini jrg berlaku
  • kesakitan yg dialami setiap bulan ketika kedatangan haid juga akan menghadkan aktiviti seharian anda
  • tisu di bhg luar rahim yg membengkak boleh menyebabkan pendarahan 
  • tisu di luar rahim tersebut juga boleh berubah menjadi kanser terutama bg mereka yg tlh mencapai tahap menopaus, namun ianya juga jarang berlaku
semoga info mengenai penyakit ini dpt menambahkan pengetahuan anda ttg slh satu penyakit yg dihadapi oleh kaum wanita....see you guys...!!!! 

byeee...!!!!




Tuesday, 22 May 2012

tidak datang haid - amenorrhoea

                                      

Hye semua...! kali ini saya ingin membincangkan sedikit sebanyak mengenai slh satu masalah kaum wanita yg sering berlaku iaitu tidak dtg haid utk beberapa bulan atau dlm bahasa perubatannya ialah 'amenorrhoea'...mungkin ramai wanita di luar sana yg mengalami mslh sebegini namun tidak memandang serius dan tidak pergi berjumpa doktor kerana mereka tidak merasakan kesakitan selain hanya berhenti kitaran haid utk beberapa bulan. Bagi wanita di luar sana yg mengalami masalah ini, harap artikel ini sedikit sbyk dpt membantu anda...
CHECK IT OUT....!!! 

Baiklah skrg kita mulakan dgn definasi amenorrhoea itu sendiri dgn lbh mendalam....amenorrhoea bermaksud berhenti kitaran haid selama lebih dr 3-4 bulan... Ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu primary amenorrhoea dan secondary amenorrhoea.. terdapat juga physiological amenorrhoea di mana ianya bukanlah berpunca drpd penyakit tetapi berlaku scr fisiologi dan dianggap normal seperti semasa mengandung, menyusukan anak, kanak2 perempuan yg belum baligh, juga wanita yg sudah menopaus atau putus haid dan juga bg mereka yg tlh menjalani pembedahan membuang rahim.

ok skrg kita bincangkan dgn lbh lanjut ttg primary amenorrhoea dulu yer...=)

PRIMARY AMENORRHOEA  membawa maksud:

-tidak mencapai haid setelah umur 14 thn + tiada ciri2 wanita dewasa atau
-tidak mencapai haid setelah umur 16 thn + ada ciri2 wanita dewasa

ciri2 wanita dewasa di sini bermaksud perkembangan seksual fizikal.

Punca- beberapa faktor seperti ketiadaan rahim atau faraj sejak lahir, masalah pada gene seperti Turner's syndrome, ketiadaan lubang faraj untuk haid keluar, ketidakseimbangan hormon, masalah psikiatri atau stress yang melampau, masalah pemakanan atau tidak cukup zat makanan, terlalu kurus atau terlalu gemuk, penurunan berat badan secara mendadak seperti dlm kes anorexia atau bulimia dan juga aktiviti fizikal yg keterlaluan. selain itu, ia mungkin juga berpunca drpd ketumbuhan di bhg otak seperti di pituitari (satu bhg yg terdapat di dalam otak manusia)


SECONDARY AMENORRHOEA lebih sering berlaku dan membawa maksud ketiadaan haid yg berterusan selama lebih kurang 3-4 bulan bg mereka yg pernah dtg haid secara normal. 

Punca- byk faktor yg menyumbang...antaranya ialah stress,tekanan perasaan atau depression, ketidakseimbangan hormon, menopaus pra-matang (menopaus sblm masanya), polycystic ovarian syndrome (PCOS), ketumbuhan pada ovari atau telur, ketumbuhan pada otak manusia, masalah thyroid dan juga pengambilan ubat seperti ubat utk merawat depression. punca utama di kalangan remaja perempuan ialah seperti aneroxia atau bulimia, dan mereka yg melakukan aktiviti fizikal yang berlebihan seperti atlet. 


PCOS-Polycystic ovarian syndrome
Bg mereka yg berjumpa dgn doktor utk masalah ini, pemeriksaan bermula dgn ujian air kencing utk memastikan mereka tidak mengandung. Bagi mereka yang berhenti haid selama lebih 3 bulan, selalunya para doktor akan membuat ujian darah utk tentukan tahap hormon dlm bdn mereka....selain itu scan menggunakan ultrasound juga akan dibuat utk melihat samada telur dan rahim berada dlm keadaan normal atau mungkin terdpt ketumbuhan. jika tiada punca dikenal pasti, pemeriksaan selanjutnya ialah brain scan atau scan di kepala utk melihat sebarang ketumbuhan.. semua ujian ini adalah bergantung kepada keadaan pesakit dan sejarah pesakit itu sendiri. 

Rawatan- bergantung pada punca amenorrhoea. Bagi pesakit primary amenorrhoea, adalah penting utk mengetahui punca sebenar masalah ini.. mereka yg mengalami ketidakseimbangan hormon akan diberi hormon tambahan seperti progesterone....selain itu, pesakit PCOS akan diberi pil hormon mencegah kehamilan yg berpotensi merawat masalah itu. ... penjagaan makanan dan pengambilan diet yg seimbang juga penting utk mengembalikan kitaran haid yg normal.. bagi mereka yg mempunyai berat bdn berlebihan, mereka disarankan utk menurunkan berat dgn bersenam kerana kegemukan juga merupakan slh satu faktor yg memnyebabkan masalah ini. 
pil cegah hamil


sekian penerangan serba sedikit mengenai amenorrhoea, di harap artikel ini dpt membantu mereka di luar sana utk mendapat gambaran ttg masalah yg mungkin sdg mereka alami...pandangan, comment atau sebarang pertanyaan amat dialukan...jumpa lg...!!! =)