hye semua..topik kali ini adalah berkenaan dgn pedih ulu hati....dlm artikel saya sebelum ini, saya ader membincangkan mengenai penyakit gastrik atau dipanggil gastritis..bagi mereka yg mengalami penyakit gastrik, segelintir dprd mereka juga turut mengalami masalah pedih ulu hati......jadi....mari kita mulakan artikel kali ini dengan definasi pedih ulu hati, bagaimana ianya terjadi dan cara utk menangani masalah ini....check it outt......!!!
pedih ulu hati bermaksud seseorang itu merasakan sensasi seperti terbakar atau rasa panas dan pedih di bhg dada ataupun di bhg tengah perut betul2 di bawah permukaan dada...pedih ulu hati selalunya dpt dirasakan naik dari dada ke leher, tekak dan juga rahang.
apakah penyebab masalah pedih ulu hati??
masalah pedih ulu hati biasanya disebabkan oleh refluks asid drpd perut ke dlm esofagus..bagi sesiapa yg pertama kali mendengar istilah esofagus..ianya adalah satu tiub atau saluran yg menghubungkan mulut dan perut anda...fungsi esofagus adalah menyalurkan makanan yg anda makan terus ke dalam perut.
antara penyakit yg menjadi punca kpd masalah pedih ulu hati adalah:
- penyakit refluks gastroesofagus- hampir semua org pernah merasakan pedih ulu hati, ttp sekiranya anda kerap mengalami masalah ini sekerap lebih dari 2 kali dlm seminggu, anda mungkin mengalami penyakit yg dinamakan refluks gastroesofagus..penyakit ini terjadi apabila sfinkter di bhg bawah esofagus yg menghalang asid drpd perut naik ke esofagus anda gagal berfungsi dgn baik..akibatnya, asid drpd perut naik dan masuk ke dalam esofagus dan merosakkan dinding esofagus anda..selain drpd pedih ulu hati, pesakit yg mengalami refluks gastroesofagus juga mungkin mengalami gejala2 lain seperti masalah utk menelan makanan, terasa sakit apabila menelan makanan, penghasilan air liur yg banyak, dan juga sakit dada.
- sakit jantung- masalah jantung juga mungkin menjadi penyebab masalah pedih ulu hati...di kalangan pesakit yg masuk ke hospital disbbkan pedih ulu hati, 0.6% drpd mereka telah dikenal pasti menghidapi sakit jantung yg boleh membawa kpd serangan jantung.
- faktor2 lain seperti kehamilan, makanan dan ubat2an tertentu, stress, merokok, pengambilan alkohol dan juga obesiti boleh menjadi punca kpd masalah pedih ulu hati
sfinkter di bhg bawah esofagus yg menghalang asid drpd perut naik ke esofagus anda gagal berfungsi dgn baik |
seperti yg saya nyatakan di atas, masalah pedih ulu hati juga adalah merupakan gejala bagi masalah jantung atau serangan jantung..mungkin ada di antara anda di luar sana yg sudah khuatir ttg kenyataan ini..utk membezakan pedih ulu hati yg disebabkan masalah refluks asid dan pedih ulu hati yg disbbkan serangan jantung, mari kita kaji dgn lebih mendalam ttg karakter pedih ulu hati yg dimaksudkan..
pedih ulu hati yg disbbkan refluks asid sllnya...
- tidak merebak ke bhg bahu dan juga tangan seperti yg dialami oleh pesakit yg mengalami serangan jantung
- berlaku selepas makan dan semasa baring. apabila anda makan, perut anda akan mengeluarkan asid utk pencernaan, pada masa ini lah asid tersebut akan naik dan masuk ke dalam esofagus.
- gejala pedih ulu hati dpt di legakan dengan cepat apabila anda mengambil ubat yg meneutralkan asid seperti antasid..namun begitu 10% drpd pesakit serangan jantung juga merasa lega apabila diberikan antasid..
- semasa anda mengalami pedih ulu hati, anda tidak atau jarang berpeluh seperti yg berlaku kpd pesakit serangan jantung
antara ujian yg akan dijalankan oleh doktor bagi pesakit yg mengalami masalah pedih ulu hati ialah:
- ujian antasid - pesakit yg diberikan antasid akan menunjukkan kelegaan pedih ulu hati selepas 5-10 minit.
- sukatan pH esofagus- doktor akan memasukkan alat ke dlm esofagus anda melalui hidung utk menyukat pH dlm esofagus anda samada berasid atau tidak
- endoskopi- prosedur ini adalah utk melihat lapisan esofagus anda samada berada dlm keadaan baik atau telah rosak disebabkan asid
RAWATAN:
adalah penting bg pesakit yg sering mengalami masalah pedih ulu hati utk mendapatkan rawatan doktor kerana sekiranya penyakit refluks gastroesofagus adalah punca kpd masalah ini, rawatan adalah utk mencegah lapisan esofagus anda drpd terus rosak dan hancur disbbkan asid yg masuk ke dlm esofagus tersebut..
rawatan adalah berbentuk modifikasi cara hidup atau lifestyle anda, ubat dan/atau pembedahan..
modifikasi lifestyle:
makan dengan kuantiti kecil tetapi kerap |
- bg pesakit yg obes, penurunan berat badan ke tahap yg ideal dpt mengurangkan masalah ini
- naikkan kepala anda atau gunakan bantal yg banyak utk meninggikan paras kepala anda semasa tidur..menaikkan paras kepala anda sbyk 15-20 cm dpt membantu anda mengurangkan masalah pedih ulu hati dgn efektif semasa anda tidur
- tidur secara mengiring ke sebelah kiri juga dpt membantu anda dlm masalah ini
- kajian mendapati, bagi mereka yg elakkan makan sekurang2nya 2 jam sebelum tidur dpt mengurangkan masalah ini
- merokok akan menerukkan lagi masalah pedih ulu hati anda kerana merokok boleh menjejaskan fungsi sfinkter esofagus anda yg mengawal refluks asid ke dlm esofagus
- makan dlm kuantiti yg sedikit tetapi kerap. sbg contoh makan 4-6 kali sehari dlm kuantiti yg kecil adalah lebih baik drpd makan sbyk 3 kali dlm kuantiti yg besar
- anda disarankan utk tidak baring dlm masa lebih kurang 4 jam selepas anda makan
- makanan berlemak dan pedas boleh memberi kesan kepada lapisan perut dan esofagus anda..selain itu makanan yang berasaskan tomato, bawang putih dan lada hitam adalah antara makanan yg boleh memudaratkan masalah anda selain drpd jus2 sitrus..oleh itu, cuba elakkan makanan2 ini atau ambil dlm kuantiti yg sedikit.
- kurangkan atau berhenti meminum kopi dan teh, bg mereka yang mengamalkan minuman alkohol, berhenti drpd mengambil minuman ini dpt membantu dlm mslh pedih ulu hati
- setiap kali anda makan, amalkan kunyah dgn banyak sebelum menelan makanan tersebut, kerana lebih byk bilangan anda mengunyah, lebih banyak enzim yg akan dirembeskan bersama air liur yg berupaya utk meneutralkan asid di dlm makanan anda
- posisi semasa makan haruslah betul iaitu duduk dgn tegak..jangan makan dlm keadaan baring atau berdiri...elakkan membongkok ke hadapan selepas makan kerana ini boleh meningkatkan refluks asid
- elakkan memakai pakaian yg sgt ketat atau tali pinggang ketat di bhg perut anda...pakai pakaian yg longgar di bhg perut.
- elakkan mengangkat benda2 berat atau melakukan kerja2 berat kerana ini akan menyebabkan otot di abdomen anda mengecut dan meningkatkan peratusan refluks
wahhhh.....nampak sungguh sedap...tetapi pesakit pedih ulu hati harus mengelakkan pengambilan minuman ini.. |
tomato dan bawang putih antara makanan yg perlu dielakkan |
ubat2an:
- terdapat pelbagai jenis ubat yg boleh membantu anda dlm masalah ini...antara ubat yg sering diberikan oleh doktor adalah antasid..ubat ini berfungsi utk meneutralkan pH dan merendahkan kandungan asid. selain itu ubat seperti proton pump inhibitors (omeprazole) dan juga h2 receptor blocker (ranitidine) dpt mengurangkan penghasilan asid dlm perut anda. ubat seperti gaviscon dpt meningkatkan pH anda dan melindungi lapisan mukosa dprd tindakan asid serta mengurangkan refluks asid ke dlm esofagus.
pembedahan pula adalah bertujuan utk memperbaiki sfinkter esofagus yg rosak atau yg tidak berfungsi dgn baik..
thank you....!!